Friday, November 19, 2010

Sebulan sudah..

Pejam celik pejam celik dah sebulan baby Iris aku. Maknanya aku pon dah sebulan berpantang. Dan sebulan jugaklah rumah aku kat Puchong tu kosong tak berpenghuni. Hemmm..sebelum bawak Iris balik, encik suami kena balik tido sana 2,3 malam dulu. Yelah sejak aku bersalin ni buahati besor aku tu dok ulang alik dari umah mak ke opis kat KL tu sampai skang ni. Dia nak balik tido umah pon bosan gaknya tu yg rela hati dok ulang alik. Hehehe..biasalah dah bini suka pot pet pot pet kan mau suami x busan bila bini takde hahaha.. So sebelum aku dan apple pulang dia kena tido umah dulu. To make sure takde entiti-entiti yang tidak diundang menumpang teduh kat rumah tu.

Aku tak bawak lagik Iris timbang ni. Sebab ujung bulan ni pon dah set appointment dengan PAED. So alang alang tunggu jelah. Tapi dari pemerhatian mata kasar aku Iris semakin gebu. Tapi kadang-kadang dia selsema dgn batuk. Kesian tengok dia. Nak kasik ubat tak bleh. Nak sedut aku rasa idung dia alalalala kecik sangat. Tapi kesianlah. Abang dia si ceqyan tu asik buli dia je. Kejap kang bedebuk dia tepok perot adik dia. Kejap kang pegang tangan adik dia pi tepuk2 muka adik dia tu (ala ala mcm pukul diri sendrik tu dia bt kat adik dia), kadang2 dia pegang kaki adik dia kasik eksesais. Kesianlah si adik tu asik kena dengan abang je. Aku nak marah ceqyan pon tak buleh. Dia kecik lagik. Bukannya paham. Tapi memang aku dah serupa Ultraman Daia yang menyelamatkan insan yg lemah iaitu Iris dr serangan resakse gorgon (ceqyan). So kalo takde org tengokkan Iris maknanya aku tak buleh bergerak kemana2. Tapi dia sayang adik dia hokayyyyy..kejap kejap ceom adik dia walapon dia ceom dengan hala pp dia kat adik dia hehehe

Tapi apa yang aku nampak... bila aku agah2 si adik..si abang mesti pandang senyum2. So aku try agah si abang balik..amboihhhh bukan main suka lagik si abang bila kena agah. Yang abah.. takde can nak pegang adik kalo si abang jaga. Abang je kongker abah dia hehehe..

Hemmm..dah ada 2 anak aku skang ni. Kasih sayang kena lebih bak kata kak sedara aku. Bukan bahagi2kan..tapi kena lebih. Emmmm...sayang resakse gorgon dgn apple ibu. Sayang abah juga hahaha..
apple lepas sebulan..pp dia? kussss semangat hehehe

p/s: gambor baru ada..tp nak tfr plak susah. Card reader rosak. Satu kamera pon rosak akibat dibaling oleh resakse gorgon. Satu kamera pulak wayar ntah ke mana. Hishhh..

5 comments:

shaz said...

Tahniah. Tak lama lagi leh lah makang key epp cee..hehe..ko agak2 baper berat apple? 5kg ada?

Unknown said...

sekejap je dah sebulan & iris pun dah membesar bagai johan! hahahahaha!
ultraman daia? hahaha! ada ke nama ultraman cenggitu? bila balik umah puchong?

eija said...

shaz...ada kot. lenguh tangan aku mengampu pala dia hahhaa.. pantang jaga terteleng2 pala mencari makan.
kee ep c? gua dah makan hahaha..

koya..adalah Ultramana Daia. iskk dia ni x mengikuti perkembangan ultraman tawwww.
next week kot. pehtu nak balik perlis jap. pak abg nizam sponsor bt aqiqah utk ceqyan, iris dgn anak buah lain. jom perlis.

Unknown said...

anak aii gegirl hokay! tak tgk ultraman. hahahaha!

sponsor la jugak pergi perlis! kuang kuan kuang...

eija said...

sponsor makan daging lembu bleh lah hahaha...
elehhhh ye ker pupt x tgk ultraman? hahaha