Friday, November 28, 2008

Kisah kawan aku.

Sejak dua menjak ni aku memang jadi tempat meluah perasaan kengkawan. Tapi kisah pertama yang aku nak bercerita ni pasal kawan aku yang dah berkahwin ni. Aku namakan dia 'N' sajalah yer.

N ni dah berkahwin. Umor muda sikit je dari aku. Ada seorang cahayamata lelaki. N ni ada masalah panas baran terhadap husband dia yg agak kronik. Husband dia tak boleh buat silap sikit maka akan mengamoklah si N ni. Bayangkan hanya sebab kentot saja buleh jadik gaduh. Nampak lucu tapi kalo dipikir-pikirkan pada aku sebenarnya serius.

Pernah N bercerita kat aku yang dia bergaduh dgn hubby dia sebab hubby dia tersalah beli barang yg dia pesan. Dipendekkan cerita maka pecahlah satu pinggan akibat dari N yang tak dapat nak mengawal perasaan marah dia. Aku yang mendengar mulanya agak terkedu beberapa saat. Tapi lepas tu aku marah dia balik. Bukan apa..dia pecahkan pinggan tu satu hal. Yang buat aku marah ni sebab aku terpikir pasal anak dia. Kot terpijak kaca pecah kan dah naya budak tu. N diam je bila aku bising.

Sebenarnya N pernah bercerita kat aku. Dia jadik macam ni sebab hubby dia pernah ada affair dengan pompuan lain. Time tu dia pregnant. Dia rasa frust sangat. Dia rasa dikhianati. Hilang semua kepercayaan dia pada hubby dia. Sampaikan dia rasa dia tak rela hubby dia sentuh dia. Aku pernah tanya dia sayang tu ada lagik tak? Jawapannya cuma gelengan kepala. Dia stay sebab anak. Tapi aku tau dia sebenarnya masih sayang kat hubby dia. Cuma dia masih rasa marah dan mungkin jugak berdendam atas apa yang hubby dia dah buat dulu. Aku plak dengan dengan agak lepas cakap tak guna dia stay dengan hubby dia semata2 sebab tak mau anak dia tak berbapa. Bayangkan macam mana anak dia nak membesar dengan baik kalo asik tengok mak bapak bergado saja? Dia diam aje bila aku cakap macam tu.

Aku bukan apa. N ni sebenarnya bukan takat panas kat hubby dia tapi dengan anak dia jugak. Setiap kali dia marah kat hubby dia atau anak dia, dia mesti cerita dengan aku. Pernah sekali dia tolak anak dia yg datang pelok dia sebab dia marahkan hubby dia yg tanpa sengaja terlanggar kereta orang. Aku yang dengar cerita dia time tu terus je cakap "Ko kasik anak ko kat aku bior aku jaga anak ko. Tak baik ko buat anak ko mcm tu. Dia tak paham lagik apa masalah korang". N jawab dia tengah sakit hati time tu. Dia tak dapat control. Aduhai...Bila aku tanya hubby dia macam mana time tu jawapan dia hubby dia terlopong je tengok. Blur kejap aku.

N ni kalo ditengok dari luaran nampak lembut dan penakot. Tapi betollah kata orang. Orang yang kita nampak luaran lembut ni sebenarnya keras kat dalam dan orang yang nampak keras kat luar ni sebenarnya amatlah lembut. N cerita kat aku dia dibesarkan dengan mak yang teramat garang dan kasar. Mungkin sifat mak dia turun kat dia. Pernah sekali sebelom bercuti raya hari tu ada seorang kawan aku dok wish selamat hari raya sambil cium pipi. Kawan aku buat macam tu jugak pada N. Lepas aje kawan aku blah N pandang aku dengan muka yg agak merah lepas tu cakap kat aku yang dia tak pernah cium-cium pipi dengan mana-mana kawan perempuan dia pon. Dia tak biasa. Aku yang dengar time tu terus gelak besar. Rasa tak percaya. Tapi kenyataannya memang dia tak pernah biorpon dengan mak dia sendiri. Sambil gelak-gelak aku suruh dia biasa-biasakan dengan keadaan macam tu.

Banyak jugak aku nasihatkan N ni terutama pasal baran dia kat anak dia tu. Semalam HP dia rosak sebab anak dia masukkan dalam washing machine. Aku tanya dia apa yang dia buat kat anak dia? Dia gelak. Katanya dia ikot nasihat aku bila rasa nak marah tu dia tarik nafas panjang-panjang lepas tu istigfar. Terus tak jadik marah katanya. Hehehehe...Lega aku dengor. Katanya dia sekarang cuba kawal panas baran dia. Alhamdulillah. Aku doakan kawan aku si N ni berjaya.

Ni kisah pertama. Nanti kalo aku ada masa aku cerita pulak pasal kawan aku yang lain pulak.:)

Terima kasih kerana sudi membaca.


Monday, November 24, 2008

Pink Ribbon Tag



Thanks cikwawi for sharing this tag with me! And to all my fellow bloggers who read this message, please feel free to grab this tag, help spreading the breast cancer awareness. Thank you! This one is all about breast cancer, which everyone knows is one of the most life-threatening diseases today. I’m doing my part in spreading awareness on breast cancer by sharing some scary yet so very true facts on breast cancer. Ladies, do take note!


* One in eight women or 12.6% of all women will get breast cancer in her lifetime.

* Breast cancer risk increases with age and every woman is at risk.

* Every 13 minutes a woman dies of breast cancer.

* Seventy-seven percent of women with breast cancer are over 50.

* Breast cancer is the leading cause of cancer death in women between the ages of 15 and 54, and the second cause of cancer death in women 55 to 74.

* Risks for breast cancer include a family history, atypical hyperplasia, early menstruation (before age 12), late menopause (after age 55), current use or use in the last ten years of oral contraceptives, and daily consumption of alcohol.

* Early detection of breast cancer, through monthly breast self-exam and particularly yearly mammography after age 40, offers the best chance for survival.


Above facts taken from Women’s Health Organisation Forum.


And now here is the tag and the rules:
1. Put the logo in your blog.
2. Add a link to the person who shared it with you.
3. Nominate at least 7 other blogs
4. Leave a message for your nominee on their blog.

Aku bagi pada semua yang masok baca dalam blog aku ni. :))

"Kenduri kawen 'Anak' 2nd Nov 2008"

2nd Nov lepas kenduri kawen kezen lelaki aku. Kitaorg panggey dia 'anak'. Tak tau kenapa nickname dia jadik 'anak' tp yg aku tau mmg itu panggilan utk dia dr dulu lagik. Last aku jumpa dia masa pi beraya kat umah wa' kat sungkai ada aku tanya dia. "Nak..agak2 relevan lagik tak nak panggey 'anak' tu?" Gelak besor member. Yelah time tu dia tengah menjemput dtg kenduri kawen dia. Dah nak kawen tp nickname maseh 'anak' ekekekek.

Ni gambor sepupu sepapat, anak-anak buah aku bersama pengantin. Ramai tak? Masih kurang ramai lagik sebab ada yang takdak dalam gambor ni sebab tak dapat datang.



Yang ni pulak gambor pengantin dengan mak bapak dan jugak mak dan pak menakan. Adik beradik mak aku 8 orang. Semuanya masih ada lagik. :).


Perkara wajib. Bila ada sesapa pegang kamera nak tangkap gambor berebot semuanya nak masok dalam gambor skali. Cuba teka aku yang mana satu?


Zharif dengan mak menakan dia. Tp yg big boy sorang tu dua pupu Zharif. Dari kiri Adam, Mama Uya, Mama Eina, Zharif n' Mama Eijan.


Ni anak buah aku iaitu anak adik aku. Peace bang long peace. Tadak pesen lain kalo tangakp gambor mesti nak tunjuk peace.


Ni pulak adik beradik pengantin dan anak menakan dia. Cuba tengok baby boy dua org tu. Kak ipar dan adik ipar pakat nak pakaikan baju baby diaorg sama pesen..heheheh.



Eqal, Ida, Kak Long n' Maksu.


Kak long dengan mak ngah tengah siapkan meja pengantin.

Dan yang ini jeng jeng jeng......


Muehehe...sapa lagik kalo tak buahati pengarang jantung aku. Zharif a.k.a cekyan. Yang inteprame kat blakang tu mak sedara dia yg tengah layan tido sambey tidokan anak.

Yang nyatanya kenduri-kenduri ni memang ditunggu-tunggu. Time tu semua berkumpul. Walopon masing-masing duduk dekat tapi jarang-jarang jumpa. Coming soon weekend ni 29hb kenduri kawen tuty plak. Mana aku nak cari baju kaler merah putih nak masok dlm tema nanti?

Lamanya...

Adeh...lamanya aku tak bercucuk tanam dalam ni. Bila time off pon aku tak jengok. Ntah kenapa? Tadak menda nak updet. Eh..yeker? Sebenarnya aku malas. Kat opis dah keja aku menaip je balik umah aku nak membaca pulak. Malas nak menaip. Malas yang teramat sangat. Hari ni baru datang mood aku nak menaip. Tapi masalahnya sekarang aku tak tau apa pulak nak cerita.

Aku start cerita pasal Zharif lah.


Gambor kat atas tu masa open house raya rumah maksu. Zharif dengan Puteri (anak kezen aku). Si Puteri ni kalut nak makan enpon sampai tertonggeng-tonggeng. Zharif sampai terbeliak-beliak mata nak tahan Puteri dari jatuh. Puteri ni mmg gebu. Kalo nak tau si Put ni baru 6 bulan kalo aku tak silap. Tapi berat dia muahahah...kalah Zharif.

Hari ni Zharif dah 10 bulan 1 minggu. Dia memang dah pandai merangkak. Tempat kesukaannya pegi kat tempat2 berwayar, masok bawah meja, gi bilik air. Mandi plak dah tak mo duduk. Nak berdiri aje dah tu bila dah angkat dr tub mengamok nak mandi lagik. Paling penat bila nak pakaikan dia pampers dengan baju. Adeh...seksanya. Cepat aje dia melarikan diri. Aku lah yang jenuh nak mengejor dia. Tido kalo tak pukul 1 jangan harap dia nak tido. Dah tido lambat bangun plak cepat. Camana tu? Bila dia jaga mulalah start keja dia mengemas paper. Mengemas dan mengoyak paper. Zharif mmg hobi koyak paper. Tak kira apa-apa paper pon. Kalo kasik buku kat dia. Memula memang dia baca. Lepas tu startlah operasi mengoyak. Abih buku-buku dgn suratkhabar kat umah. Yang kesian kat maktok dialah. Aku yang jaga dia time weekend ni pon terasa letih inikan plak mak aku yg dok jaga dia hari-hari. Terima Kasih Mak.

Apapun...aku gembira bila tengok pembesaran anak aku. Alhamdulillah dia sehat. Kengkadang tu kena jugak demam selsema. Tp so far alhamdulillah dia blom kena sakit terok lagik.

p/s: Walopon gigi dia sebatang pon blom tumbuh tapi bila aku tengok dia buleh buat aksi berani berdiri tak pegang apa kira oklah tu.. hahahaha.