Wednesday, October 27, 2010

My little princess Nur'Iris Sophia.

16/10
Dah masok EDD aku. Takde apa-apa jadik pun. Sakit sakit macam biasa je. Dalam pikiran sama kes cam ceqyan dulu kot lambat dari due date.

17/10
Masih tiada apa-apa tanda. Malam tu terasa sakit je tapi sedar-sedar dah pagi hehehe.. Encik suami ajak pegi klinik check. Aku ni terasa malas je nak pegi. Sebab takde tanda apa pon lagik. Sakit cam biasa je. Tapi ikotkan jelah. Satgi kalo jadik apa2 aku jugak yg kena. So petang tu pegi Senawang Medical Centre (SALAM). Doktor pakar takde plak. Lupa hari ahad memanglah takde doktor pakar yang keja. MO plak mmg tak bleh check. Buat appointment next day morninglah jawabnya.

18/10
Pagi-pagi aku bangun tengok ada discharge dengan darah skit. Terus mandi siap-siap sebab appt pkl 9.30am. Kejut encik suami bangun. Keluar pegi bekpas dulu. Makan roti sadin dengan neskepe ais kat kedai mamak. 9.30 sampai hospital. Sementara tunggu doktor pakar datang aku kena baring dlm labour room dulu. Nurse chk jantung baby dulu. Normal. Lepas tu dia tekan perot aku. Empty. Kepala baby x masok lagik katanya. Perot aku besar dia kata hehehe..

Tak lama lepas tu Gynae Dr Shukiman datang. Dia heran sebab perot aku besor. Lagik sorang kata perot aku besor. Dia tanya aku ada kencing manis ke apa masa pregnant ni? Aku jawab takdelah sebab sepanjang aku dok checkup dengan Dr Shuhaida semua ok je. Cuma masa last scan baby weight memang over. Dr Shukiman check buku checkup aku. Lepas tu dia tekan perot. Sama je cam nurse tu cakap kosong. Kepala baby tak turun lagik. Dr Shukiman tanya previous history aku bersalin sebelum ni. Bila aku bagitau berat ceqyan 2.78kg normal tapi vaccum terus dia nak scan dulu tengok aku bleh deliver normal ke tak. Scan memang baby besor. Dr Shukiman terus cakap kat aku yang memang takde chance aku nak deliver normal. Kepala dia saja dah 9.8cm. Dia explain kat aku dengan encik suami kenapa aku tak buleh normal kali ni. Nak try normal bleh katanya tapi dia takot kepala saja lepas tapi bahu sangkot. Bila bahu dah sangkot memang tak boleh nak operate. Yang buleh dia selamatkan ibu saja katanya. Bergetar jantung aku bila dengar. Aku dah pandang encik suami. Doktor kasik kami bincang dulu. Bincang-bincang..kurang2 RM5k nak standby ni. Tak cukop. Tak terfikir pon yang nasib aku kali ni berbeza pulak. Tapi aku tak berani nak take risk. Ni soal nyawa. Buntu jadinya. Aku call boss aku. Alhamdulillah rezeki baby..boss aku Khairul suruh aku jangan risau masok je wad dulu. Payment nanti dia settlekan. Selega-leganya aku dengan abang. Call mak bagitau aku admitted lepas tu kena operate hari ni jugak.

Sementara tunggu pkl 3 duduk dalam wad tu layan FB dulu hehehe..Memang terasa jugak nervousnya. Masa check BP mencanak naik. Terkejot agaknya. Nak makan pon x bleh kena posa. PAED Dr Zaqrul masuk tanya kenapa aku x bleh deliver normal. Bila aku jawab kepala baby je dah 9.8cm terus dia cakap besor tu. Lepas tu pakar bius Dr Hanapi plak masuk. Sesi soal jawab dulu dengan dia. Lepas tu dia terangkan procedure bius. Apa effect yang aku rasa lepas semasa dan lepas bius. Pukul 3 lebih baru aku kena sorong masok OT. Memang rasa berdebar sangat. Dalam OT before kena bius nurse dok ajak aku bersembang. Aleh..macamlah aku tak tau dia nak kasik aku cool. Time nak kena bius tu doktor soh aku bongkokkan badan. Dah pulak Dr Hanapi tu tego pasal tulang belakang aku yg stret ni. Tulang belakang aku mmg x bengok cam normal. Tp bukan sebab aku penah jatuh ke apa. Mmg dilahirkan begitu. Nasiblah takde apa2.

Dah injek aku mula start rasa kebas2 kat kaki. Nurse baru panggey encik suami masok. Separuh badan dah rasa kebas2. Dengarlah nurse dok counting counting. barang. Encik suami dok sembang2 dengan aku sambil pegang tangan aku. Kejap2 mata dia jeling kat perot aku tengok apa doktor buat hahaha...takotlah tu nak tengok bebetul. Tp mmg bila bius tu dah rasa separuh badan..aku rasa cam hopeless sangat2. Tak berdaya. Hidung plak terasa gatal2. Dr Hanapi yg garukan hahaha...Kejap2 dia tanya aku ok ke tak.

Bila Dr Hanapi bagitau yang dia nak tolak baby turun, aku tau dah masanya dah tiba. Anak yang aku kandung ni bila2 saja akan tengok dunia. Tetiba saja aku dengar Dr Shukiman qamat dengan bunyi baby menangis. Slow2 airmata aku keluar. Sebak sangat. Encik suami bangun. Dia lap airmata aku ceom dahi aku. Abis je Dr Shukiman qamat aku tengok Dr Zaqrul (PAED) terus amek baby cuci. Lepas selesai dia kasik aku ceom dulu baru kasi encik suami qamatkan lagik skalik. Dua kali baby diqamatkan. Takpelah abah no 2 hehehe.. Anak aku lahir 4.03 petang. Berat 4.16kg panjang 54cm. Lebar lupa plak.

Masa doktor dok menjahit encik suami dah keluar pg wad. Aku dok diam jelah dengar doktor2 dgn nurse2 ni menyembang sesama diaorg. Dr Shukiman lepas dah siap menjahit cakap dengan aku dia rasa aku memang diabetic. Sebab baby besor sangat. Sedangkan aku kecik je. Nak buat camana..bila buat medical chkup every month doktor kata ok je so aku igt oklah. Silapnya aku x pernah minum air gula even masa ceqyan dulu. Tp kalo buat pon terlambat dah kot. Sebab dah ujung2 nak bersalin scan yg perasan baby berat terlebih.

Bila aku dah masok wad balik Dr Zaqrul datang bgtau gula dlm badan baby low. So diaorg kena pantau dulu. Tak boleh nak kasik kat aku menyusu lagik. Hati dah cuak. Janganlah jadik apa2. Bahagian aku agaknya. Dua kali bersalin dua kali jugak aku x dpt nak susukan baby terus. Ceqyan dulu lepas keluor je terus kena bawak masok NICU. Yg second ni plak aku plak c-sect x boleh nak bergerak. Nak suruh nurse bawak baby kat aku pun x buleh sebab baby pon kena drip jugak. Aku dapat tgk gambar dia je dulu. Memula tengok aku sendrik terkejot. Bior betol besor sangat anak aku ni? Encik suami dok tanya aku camana baby besor cam gitu bleh dok dalam perot aku? hahaha..itulah kuasa ALLAH.

Makin lama badan aku tetiba rasa sejuk sampai menggigil2. Memang Dr Hanapi dah bgtau aku antara kesan bius tu nanti aku rasa sejuk sampai badan menggigil. Aircond dah slow dah selimut satu badan pun menggigil jugak. Tak tertahan rasanya. Tau tau aku dah tertido.

Bila jaga ubat bius pon dah hilang barulah aku terasa sakit. Peritnya kulit. Rasa macam kulit tu disiat2. Kalo bersalin normal menanggung masa contraction dgn masa meneran dah rasa azab. Baby keluor ilang semua azab. Bersalin c-sect ni..dah baby keluor semua br terasa sakitnya. Nak bangun pun payah. Nurse pesan cuba berjalan. Kasik angin keluar. Huhuhu..nak ke kiri sakit ke kanan sakit nak bangun tegak sakit. Nak berjalan lagiklah. Naik berair mata. Nasiblah ada encik suami. Sepanjang aku kat wad dialah teman aku. Dialah yang tolong aku bila nak bangun nak ke tandas semua. Siap makan pon dia tolong suapkan hehehe.. Syukur alhamdulillah.

3 hari 2 malam aku kat spital mcm pakej dok hotel hahaha..aku dgn baby dah boleh keluor 20hb tu. Alhamdulillah. Semuanya ok sampai skang.

Nur'Iris Sophia semoga kehadirannya memberi lebih kebahagiaan kepada aku, suami dan keluarga. Insyaallah.

(pic ni lepas 4 jam dia lahir..tembun hehehe)

(ni dengan ibu lepas 24 jam)

p/s: satu yg ok bersalin c-sect ni takde lagik pengalaman diseluk2. Ngeri. Lagik satu..bezanya bersalin kat hosp gov dgn private. Doktor yg sambut ceqyan dulu perempuan hokay... mulot hazab..beza sangat dengan Dr Shukiman, Dr Zaqrul dgn Dr Hanapi yg sambut Iris. Tp kalo sama jugak siaplah..aku x bayor hahaha..