Tuesday, July 20, 2010

Bila kerajinan melanda.

Ahad lepas maksu aku buat kenduri cukur jambul dan besday untuk Zarith dgn Yaya. Aku plak tetiba saja datang rajin ditambah dengan tekak yg senornya teringin so aku buatlah carrot kek. Ni teringin sebab kawan aku si shaz tu ler. Sembang-sembang dengan dia yang diakhiri dengan dia ode satu bijik carrot kek dr aku hahaha..

(ni baru nak masok dlm oven)

Hemmm..selalunya aku guna corn oil saja. Tapi bila dah sampai rumah baru aku perasan corn oil aku tak cukop. Darurat..maka aku campor saja dengan minyak masak biasa. Banyak bahan tambahan yang takde..walnut aku takde, cheese cream aku takde nak buat toppingnya. Rasa macam kureng pulak. Tak lengkap carrot cake aku. Takpelah..buat saja. So di bawah inilah hasilnya.

(ni dah keluar dr oven)

Rasanya? Aku buat opkoslah sedap hahahaha...








Wednesday, July 14, 2010

Tak lambat sangat aku nak updet pasal movie Eclipse ni kan kan kan??? Actually aku belom tengok lagik. Aku dah siap donlod dah. Tapi takde kesempatan nak tengok. Sebab...pc kat rumah rosak..belom berganti lagik..nak tengok kat opis kena tengok lepas waktu keja..kompom dah petang-petang. Kalo tak semalam kompom dah berjaya tp adalah sorang umat manusia ni dengki khianat kat aku dok sms soh hati-hati kot kot ponti melayu mai kot blakang. Ampeh punya Ciknot. Aku tak buleh nak kasik review movie ni.


Apa yang menarik pasal Twilight ni? Movie yg diadaptasi dari siri novel Stephenie Meyer. Aku dah baca empat-empat novel Twilight ni. First novel aku beli hokayyyy yang lain aku donlod je novel dia. Aku tension nak beli sebab mesti kena perli dgn pakcik aku baca buku kanak-kanak. Kalo korang pegi bookstore check kat mana duduknya novel Twilight ni. Child Section okk.... Heran aku..letaklah kat Teen Section aku terima jugak, ni Child Section! Potong stim betul. Tapi takpelah sebab aku dah donlod aku abaikan hahaha...Aku memang pendonlod tegar.

And..honestly. Dari Twlight ke New Moon aku tengok version donlod je. Aku tak pegi pon tengok kat cinema. Yang Eclipse ni mcm 1st paragraph aku dah donlod tp belom ada kesempatan nak tengok. Ada kawan aku awal-awal lagi dah book tiket. Nak jadi antara orang pertama yang dapat tengok Eclipse kat Malaysia hahaha..berjaya pon dia. So..apa yang menariknya Twilight movie ni? Sebab jalan cerita? Sebab Rob Pattinson (Edward Cullen) Sebab Kristen Steward? Kalo tanya aku..jawapan aku ialah sebab aku jatuh cinta dengan Edward Cullen hahaha... Sesuatu sungguh Edward ni hihihi..pandangan mata dia..style dia emmmm...aku terbayang-bayang. Over kan... tapi bukan aku sorang je yang gila bayang dengan si Edward ni..ramai perempuan-perempuan di luar sana yg jadik mak budak pon ada hokayyy dok gila bayang kat Edward ni. Kalo tanya kaum lelaki..kompomlah diaorg kata cerita bosan. Sebab manada pontianak vege pehtu bling bling katanya hahaha...Ada aku kesah?

Lain dari siri Twilight ni..aku layan Vampire Diaries & True Blood. Ada juga novel. Vampire Diaries ni macam Twlight jugak. Aku suka heroin dia Elena. Dan aku suka Damon dari 1st hero Stefan. Hahaha...tetiba suka yang jahat.


Kalo korang tak suka cerita yg romantik..maka tengoklah True Blood. Kat HBO ada..tp aku suka tengok direct donlod. No potong-potong. Kategori 18sx. True Blood memang kategori cerita untuk orang dewasa. Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan bersama mak bapak hehehe... dengan laki/bini korang takpe. Pelakon-pelakon pon dah tua-tua.

So balik pada topic asal..bilalah aku dapat layan Eclipse ni. Payah betul bila pc dah rosak ni. Nak donlod pon susah. Aku nak request DVD Writer kat bos aku lah. Aku nak convert movie yang aku donlod payah sebab cpu aku takde dvd-writer (jangan jeles aku donlod movie kat opis).

p/s: Aku tak minat Robert Pattinson..aku cuma suka Edward Cullen saja hehehe...

Tuesday, July 13, 2010

Persatuan Penduduk Sri Begonia Apartment

Ahad lepas pagi-pagi lagi tidurku dah diganggu dengan bunyi lagu yang dipasang kuat dari speaker kat padang depan rumah. Ceqyan yang tidur kat sebelah pun muka dah berkerut-kerut. Yang abahnya dah lari tidur ke luar. Macamlah tidur kat luar tu boleh lena. Makin kuat bunyi lagu yang dipasang aku dah rasa tension. Ceqyan terus tarik aku soh ngadap dia. Si kenit ni memang kalo dia jaga tengok aku tidur membontot dia mesti dia tarik aku suruh mengadap dia. Tapi bunyi muzik dari speaker tu buat ceqyan terus bangun tengok tingkap. Siap panggil aku tengok jugak. Huhuhu..ibu malas. Dah bising cam gitu nak tidur mananya lagik. Terus bangun. Masak nasi. Cadang nak buat nasi lemak tapi malasler pulak. Nasi goreng ayam pon jadiklah..

Rupanya kat depan padang tu ada Mesyuarat Agung Persatuan penduduk Sri Begonia Apartment ni. Aku just pasang-pasang telinga sajalah. Patutnya aku kena turun ni sebab aku bukan penyewa..aku pemilik rumah. Hihihi aku nak join persatuan? Mimpilah. Pengerusi masjlis dah buat pengumuman mesyuarat akan dimulakan selepas bacaan doa dan persembahan nasyid oleh anak-anak penduduk. Tapi tetiba saja ada sorang bersuara mintak buat pengumuman dulu 'korum' cukup atau tidak untuk meeting berjalan. So pengerusi majlis jawab selepas bacaan doa akan diberitahu. Sebaik sahaja bacaan doa selesai suara yang bertanya soalan 'korum' tadi kedengaran semula. Kali ni dalam nada yang agak keras. Seseorang menjawab bagi acara pertama dulu selesai barulah akan diberitahu berapa ramai yang hadir untuk memulakan mesyuarat. Oh...marah betul encik tu bila soalan beliau tidak dilayan.

Ok..meeting dah start..pengumuman korum dah dibuat. Pemilihan pengerusi persatuan, setiausaha persatuan, bedahari, AJK AJK..selesai. Maka masoklah sessi soal jawab. Suara yang bertanya tentang korum tadi kedengaran semula. Oooo..Encik Suhaimi namanya. Encik Suhaimi ni pon bertanya tentang duit persatuan sebanyak RM2800 yang digunakan dengan ditambah dengan soalan provoke duit tu ada masok ke akaun individu ke? Wakil persatuan menjawab..duit tu digunakan semasa gotong royong dijalankan pada tahun 2009 yang lepas. Ok...masok pula soalan lain..mana datangnya duit sebanyak RM1300 yang dikatakan sebagai pendapatan dalam akaun persatuan. Wakil persatuan dah jawab...aku tak berapa clear dgn jawapan dia sebab ceqyan kacau hahaha... Takpelah..tapi yang pasti suasana kat padang tu dah panas. Encik Suhaimi tersebut masih tak berpuas hati. Tetap mahu tahu kemana duit persatuan pegi dan bla bla bla. Seorang wakil persatuan menjawab jika ada individu yang berasa tidak puas hati dengan penyata akaun yang dilampirkan boleh datang ke pejabat persatuan. Dan individu-individu tersebut mestilah menjadi ahli berdaftar dahulu baru layak untuk mempersoalkan akaun persatuan. Oh..Encik Suhaimi tu rupanya dah lama letak jawatan dari menjadi Setiausaha Persatuan Penduduk. Dah jadik riuh rendah kat bawah tu. Encik Suhaimi bekas Setiausaha persatuan masih tak puas hati. Pung pang pung pang...sekali keluarlah ayat dari mulut beliau "Semua benda dia bolot, dari angkat sampah, dari khemah, dari catering semua dapat kat dia anak beranak" (statement itu ditujukan pada pengerusi persatuan yang tahun ni mendapat mandat sekali lagi untuk menjadi pengerusi).Laaaaaaaaaaaa.....aku dgn pakcik dah gelak. Ingatkan memang concerned pasal persatuan penduduk. Rupanya tak puas hati sebab pengerusi majlis asyik bolot tender saja. Lucu betol.

Kalau sebab masalah tender yang diberatkan memang elok sangatlah Encik Suhaimi tersebut resign dari menjadi Setiausaha Persatuan. Banyak lagik perkara yang patut diberatkan untuk penduduk. Masalah kecurian, masalah gangguan seksual, kawasan apartment yang tak berapa dijaga dan paling worst...masalah foreigner yang terlalu ramai menyewa dalam kawasan apartment ni. Dengan indonnya, dengan banglanya, dengan nepalnya, dengan gagak itamnya dah cukup kasik masalah pada penduduk asal dari memikirkan masalah tender dapat kat siapa?

Hemmmm...agaknya pasal tu dah 2 kali mesyuarat agung persatuan penduduk dibuat aku x pernah turun atau berminat nak menjadi ahli. Bosan. Cukup bulan aku bayar bil maintenance. Huahuahua....