Wednesday, June 24, 2015

POTATO FRITTERS

Ahad lepas buntu nak masak apa untuk kanak-kanak breakfast. Si ceqyan dah bising-bising lapar. Tengok kentang tengok tepung hemmmm… terus teringat 3 Meals A Day.
 
sumber pic Google Image
Ni memang program peberet aku. Tengok diaorg ni masak kadang-kadang boleh terliur hahaha.. Hari tu ada si Taecyeon buat 'Potato Fritters’. Resepi dia aku ingat lagi. Ok… Meh lah kita buat Potato Fritters.
Bahan-bahan.
Tepung
5 biji kentang
Sebiji Bawang Besar
Telur sebiji
Garam
 
Cara-Cara.
Buang kulit kentang lepas tu racik halus-halus
 
Aku guna benda alah ni ja senang.
Bawang besar pon racik halus.
Bila dah siap meracik, dedua ni masukkan dalam tepung. Camporkan teloq, air dan garam secukup rasa.
Panaskan minyak sikit lepas tu tarok je adunan tu dalam kuali leperkan dia.
 
Bila bahagian bawah dah masak terbalikkan pulak yang atas ke bawah.
Lepas tu siapppppp.. Masokkan dalam pinggan kasi bebudak ni makan.
Iris tanya aku "ni apa nama dia ibu?". Ibu dengan poyonya jawab "potato fritters". "Potato fritters? Tapi kita tengok macam lempeng je". Hahahaha terus aku gelak besaq.
YA.... Potato fritters ni memang macam lempeng pon. Cuma ni ditambah kentang. Iman siap tunjuk ibu jari lagi kat aku masa makan hahaha... Ceqyan yang mengarok sebok nak kuah cicahlah bila dah dipaksa makan terus cakap "ibu sedapppp ibu". Ibu dia senyum bangga. Menu simple macam ni tapi bila anak-anak puji kata sedap semangatttt ibu depa nak buat lagi.
Bolehlah nak tambah bahan-bahan lain macam karot, daun sup, ayam ka dalam adunan tu. Tapi macam aku hari tu guna apa yang ada saja. Janji kanak-kanak kenyang gembira suka hati. Next time ibu depa make over Potato Fritters ni kasik lagik menarik.
 

Thursday, June 18, 2015

RESEPI GULAI KEPALA IKAN SALMON


Salam Ramadhan buat semua.
So petang ni apa menu untuk berbuka? Hahahaha… Baru berapa jam dah pikir menu berbuka. Tapi betuilah nak berbuka apa nanti? Aku nak cuba lagi untuk tidak ke Bazaar Ramadhan tahun ni. Senaqnya memang dah berapa tahun aku tak pegi membeli belah kat bazaar ni. Rasa lagi berbaloi masak sendiri walopon sekadar sambal sardin (tak abih abih dengan sardin) dan teloq dadar dari berhabis duit mebeli lauk pauk kat bazaar Ramadhan yang silap silap boleh buat kita sakit hati dan sakit perot.
Jadi soalan berulang apa menu korang? Aku pon tak tau nak masak apa. Sementara aku pikir nak masak apa aku nak share RESEPI GULAI KEPALA IKAN SALMON yang jadi peberet aku laki bini.
Bahan-bahan:
4-5 ketul kepala ikan salmon
Rempah kari ikan - biasanya aku guna BABAS 
Rempah cili
Santan – biasanya guna yang kotak saja senang.
½ cawan air asam jawa
Satu setengah cawan air
Sekeping Asam keping
Garam secukup rasa
 
kepala salmon yang belom dimasak. biasanya aku beli kan Giant.  
 
 
Bahan tumis:
5-6 biji bawang merah – dihiris halus
4 ulas bawang putih – dihiris halus
2.5cm halia(aku suka guna yg muda)- dihiris halus
Daun kari
2 batang serai – dititik. Yang ni optional (tapi aku suka bila masok serai)
Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, jintan manis – ni pon optional jugak. Aku biasanya tak masok pon hehehe..
 
Bahan tambahan
Bendi
Terung
Tomato
 
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk lepas tu tumis bawang sampai naik bau. Dah naik bau masokkan halia, daun kari pulak.
- Lepas tu masokkan rempah kari ikan dan rempah cili (campoqkan sikit air) dan tumis sampai rempah tu masak. Sambil tu boleh masokkan asam keping.
- Masukkan santan dan kacau slow slow. Lepas tu masokkan air asam jawa dan air sikit.
- Kecikkan api masoklah kepala ikan salmon tu pulak satu persatu.
- Letak garam secukup rasa lepas tu tutup periuk biar kepala ikan tu masak
- Masukkan bahan-bahan tambahan. - Yang bahan tambahan tu biasanya aku masokkan last last sebab tak mau overcooked. Bendi tu kalo ala ala masak bila makan rangup je rasanya. 
 
Ok siappppppp… 
 


Jarang orang nak buat gulai kepala salmon. Kalo ikan merah ka biasalah kita dengaq kan. Kalo tanya aku kepala salmon dengan yang part ekoq dia tu paling sedap. Berlemak-lemak gitu. Kalo tanya laki aku mata ikan salmon ni lagi sedap dari mata ikan merah huhuhu… Selain dari gulai, kepala salmon ni boleh buat masak asam pedas jugak. Dedua sedap kalo tanya aku. Tapi selalunya kat umah aku ni memang masak gulai ler. Dah nama pon orang utagha kannnnn…
 
Ok selamat berbuka posa..

Thursday, June 11, 2015

Yang kesepuluh..

Hari ni 11.06.2015. Semalam 10.06.2015. ahahahaha..dah kenapa dok nyebut tarikh.  Senaqnya semalam genap 10 tahun perkahwinan aku dengan laki aku. Pung pang pung pang dah sedekad rupanya.
 
Apa  ekkk aku nak cerita pasal laki aku? Hemmmm.. ramai orang dok kata dia pendiam. Siap ada yang tanya aku selalu cakap sorang-sorang ka kat rumah? Hahahahaha… kata diaorg laki aku ni payah benar nak dengaq sora. Kalo tanya aku takdelah pendiam pon. Bercakap bersembang macam biasa. Tapi antara aku dengan dia memang aku lah yang banyak cakap. Dia lagi banyak dok dengaq aku bercakap. hahahhaa...  Alahhhh aku tau dia bukan dia dengar sungguh pon. Seperti di angin lalu saja suara aku tu kat telinga dia. Tapi aku dengan dia boleh bersembang macam macam benda. Politik, sejarah, game, computer, buku, bab anak anak. So dia bukan orang yang membosankan pada aku kecuali bila dia dok konsentret main game kat pc.
 
Lain.. Alhamdulillah. Walaupon laki aku tak kaya tapi aku tetap bersyukur. Ditolak dengan wang saguhati yang dia kasi kat aku tiap bulan muahahaha…  dia tak kisah bila aku kata aku malas, penat nak masak, dia boleh ja masak disebabkan aku malas dan penat tu hahahhaa.. dia boleh mandikan, cebokkan anak-anak. Dia boleh gosok baju keja dia sendiri. Dia boleh bawak berbeg-beg baju baju yang nak dibasuh ke laundry.  Dia tak bising marah bila tengok baju tak berlipat, rumah bersepah. Dia boleh bangun dari tidoq kalo dengaq anak-anak batuk, menangis. Dia boleh take over keja keja rumah jaga anak bila aku tak sihat. Eh… macam semua laki aku buat kan? Habih aku buat apa? Aku dah bawak perut 9 bulan 3 kali ke sana sini, beranak semua, menyusu anak tak cukup cukup? Hahahaha.. takdaklah begitu.. Aku masak, aku buat keja kat umah jugak. Macam malam tadi dinner aku yang masak tau.. walopon sambal sardin dgn sawi goreng je.
 
Keburukan dia? Hemmmmm.. satu ja aku yang aku rasa sampai bila. Tiap-tiap tahun dia dok ulang baju melayu dia dari zaman kami menikah dulu. Bang.. bawak-bawaklah tukaq baju melayu yang umoq dah 10 tahun tu. Tak hijau, biru tak biru hijau. Belilah baju melayu baru tahun ni. Yang lain tu biaqlah aku isteri dia saja yang tau. Perkahwinan kami tetap macam orang lain ada pasang surut dia. Kadang aku sakit hati kat dia kadang dia sakit hati kat aku. Kadang aku rasa nak tess ja dahi dia, kadang dia rasa nak ja jotos dahi aku. Cam gitulah..
 
hahahaha
Yang penting aku sentiasa bersyukur dapat dia sebagai suami aku. Dialah tempat aku membebel dan meluah segala perasaan. Sentiasa aku doakan perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke jannah.  Terima kasih bang kerana menerima diriku seadanya. Chewahhhhhhhhhhh...
 
Ok.. kalo rajin pi lah visit blog dia sempena enibeseri gift dari aku untuk dia ahahahaha..

Tuesday, June 9, 2015

LAKSA JOHOR

Ok.. apa yang aku nak cerita pasal LAKSA JOHOR ni?
Aku mulakan entry aku pasal sorang kawan aku. Yang berkait rapat dengan LAKSA JOHOR skang ni hehehe.. Kawan sama-sama dok huhahuha ke sana sini dulu. Dari langkawi bawak ke keyell ehehehe... Adat berkawan cara orang perempuan kawan punya baik ada yang tak kena kat jiwa 2, 3 tahun sengap sunyi hahahaha.. pehtu kawan balik.. laga-laga pipi balik. Kadang aku sendiri heran kat diri sendiri.. tak rasa rugi ka tak berkawan sampai 2,3 tahun tu.  Jawapannya hehehehehe...
Tapi senaqnya aku bukan nak cita pasal tu.  La ni kami dah kawan balik dah kehkehkeh.. Aku nak cita pasal semangat kegigihan dia nak jadi bisnezwoman yang berjaya skang ni. Kawan aku ni dulu keja dengan satu GLC. Dia mula meniaga barang jualan dia ke opis dia. Jual pada opismet dia. Jual pada opismet laki dia. Pantang ada bazaar kat mana-mana dia join. Tu belom masok seminar yang dia sanggop pi. Kalo aku malas dah lah hahahaa.. aku memang tak suka dengar orang bercakap lama-lama. Setan tu suka ja gayut kat kelopak mata aku.  Okehhh dipendekkan cerita dengan semangat yang membara kawan aku ni akhirnya tekad untuk resign bulan September  tahun lepas.

Surprised gak aku bila tau. Tapi apa nak heran.. aku pernah gak macam dia dari pemakan gaji di satu GLC (actually GLC yang sama) aku tekad jugak untuk resign sebab nak jual nasi lemak hehehe.. tapi bukan rezeki aku time tu huhuhu.. Nantilah pasal aku tu kemudianlah cerita naaa... Ni entry khas untuk kawan aku tu. Dan nampaknya Alhamdulillah.. dari cara dia skang aku yakin dia akan berjaya.  Jiwa dia besaq walopon badan dia kecik ja.


Ok dah nampak laksa johor di atas. Nampak lazat dan menyelerakan betui dak? Yaaaaa.. memang sedap. Percayalah cakap aku.  Kuah dia kaya dengan isi ikan. Yang aku tau dia guna ikan tenggiri untuk kuah laksa tu. Yang mana nak senyum sinis baca aku nak habaq ini ialah iklan yang tidak berbayaq tau. Aku takdak amek komisen dari dia maha nak paw dia 3 bungkuih laksa johor untuk up entry ni. Ikhlas kata memang ikhlaslah aku skang ni. Untuk pengetahuan semua.. kawan aku ni bukanlah orang Johor. Dia ni orang penang. Tapi kawen dengan orang Johor. Resepi Laksa Johor ni memang dia dapat dari mak mentua kesayangan dia. Resepi turun temurun okehhhhh.. Untunglahhhhhh.... ahahahhaa

So tak lama lagi dah nak puasa kan, kalo ada yang berminat nak buat kenduri nyambut puasa ka, majlis bukak puasa ka atau sambutan raya nanti bolehlah contact kawan aku ni Nora di no 0123332359. Ni FB page dia
­­­­­­­­Laksa Johor Heritage IG dia @laksajohorheritage. Ampa nak panggil dia Meknot pon bulih gak.. lagi mesra gituk hahahaha.... ampun Not ampunnn hahahaha... Ampa order dia sendiri yang akan antaq dengan h
arga plus delivery cost yang berpatutan. 

 
Kalo nak dia packing terus pon boleh. Biasanya macam gambaq kat atas ni lah. Molek ja kan??
 
Kalo nak dia buat style open mcm buffet pon boleh jugak. Tediaaaaa... lesung batu pon ada hahahaha
 
So akhir kata.. kekaguman aku atas keberanian dia yang sanggop benti keja walaupon dah beribu gaji yang buatkan aku up satu entry khas untuk dia kali ni. Betullah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Aku doakan hang Berjaya dengan bisnes hang ni Not. Harap-harap satu hari nanti aku plak bakal menyusul. Insyaallah
Sekian.
P/s:  Aku adalah jugak baru tau yang bila nak makan laksa johor ni makan guna tangan bukan guna sudu garpu. Kebetulan aku dengaq kawan aku ni dok sembang dgn customer dia yang tak mo sudu garpu yang dia offer. Owang johor makan laksa johor pakai tangan customer tu habaq. Aku yang kat sebelah dengaq tu dok OOOoooooo.. melopong barulah acik tau.






Wednesday, June 3, 2015

WHAT IS THE BECAUSE???

Ahahahahahaha… ada ANONYMUS komen kat entry aku yang sebelum ni. Katanya padanlah aku tak menaip dalam English sebab bahasa melayu aku pon out katanya.. Ok ni aku translate sesuka aku dari komen dia yang dalam English tu.

Nak sentap ke tak? Nak sentap ke tak? Jujurnya aku nak cakap sentap jugaklah dalam 10 saat pertama  tapi lepas whatsapp dengan sorang kawan terus jadi bahan gelak ketawa. Haiyooooo ini blog maaaa.. sukati tuan punya bloglah nak menaip broken malay ka broken jawa ka broken minang ka? Hang sakit tang mana? 


Tak sangka aku blog sendu aku ni  pon ada anon nak komen gitu. Cam ginilah kalo nak perfect English pi lah baca The Star ka, NST ka, The Sun ka takpon pi ja masok blog laki aku. Kalo masok blog aku memang akan dapat broken malay, broken utagha dan sebagainya.  

Kekdahnya aku terima manusia ni memang ada jenis yang suka mengira dosa orang lain, yang suka memperlecehkan orang lain. Betul kata laki aku, keyboard warrior memang ramai skang ni. Mesti anon tu rasa bangga sangat dia dapat komen gitu kat aku hahahaa... cheh


Dah.. aku nak buat keja balik. Btw.. terima kasih jugak pada anon yg komen broken malay aku dapat jugak aku idea nak updet blog hari ni. 

Monday, June 1, 2015

MAS dihatiku


Hemmmm... punya lama x blog. Tetiba rasa nak bercerita. Tetibe dok upload name tag zaman kebaya bunga-bunga dulu. Yer ni name tag aku. Masih ku simpan. Kenangan... yang satu ketika dulu aku pernah menyarung kebaya bunga-bunga.. pernah bekerja di MALAYSIA AIRLINES SYSTEM. Bunyi bangga. Yes... ada perasaan bangga dalam diri aku. Btw.. Current isu pasal MAS yg sedang retrench pekerja buat aku sendiri umpama dicubit. Padahal bertahun-tahun dah kot aku resign dr MAS. 

Dalam pada berita yang mendukacitakan ni, ada jugak mereka (outsider) yang seperti tak sensitif. Ada yang memadankan nasib nasib pekerja MAS ni. Aku tak paham. Kenapa ada manusia yang tak sensitif dan takde empathy dalam diri mereka? Ada yang menyalahkan MAS bangkrap sebab banyak bagi tiket free kat staff. Hahahaha... tiket free tu bukan semua staff dapat merasa walaupon entitled. Bertahun-tahun kerja tapi tak pernah guna. Paling kuat pon guna tiket atas staff rate (discount) saja. Staff rate ke free tiket ke bila nak fy masih kena standby. Kalau ada paying pax yang bayar duduklah menunggu lagi sampai ada seat kosong. Kalau kapal fully booked semua pax turn up baliklah rumah. Sapa-sapa yang pernah kena standby untuk dapatkan seat naik eroplen ni akan memahami bagaimana stressnya menunggu.

Ok enough bab tu. Bab gaji. Gaji staff bawahan macam CS tu rendah saja abang, kakak. Harapkan shift elaun elaun dobi (uniform) senornya idoklah banyak pon. Nak banyak dapat kenalah pulun OT. OT bukan sejam dua  Macam aku dulu masok shift pukul 6am habis shift pukul 2pm kurang-kurang terus sambung OT sampai tengah malam tu. Kalau kena kapal delay ko plak menjaga gate haaaaa.. 3,4 pagi lah sampai rumah. Sanggop gitu? Mesti ada yang tanya sapa suruh? Habis nak harapkan basic dengan elaun tak seberapa tu memang sedihlah tgk payslip. Duit rumah, duit kereta nak kena bayar. Tu belum masok bab makan. Knowing KLIA makan kat Food Garden tu bukan murah-murah. Nak murah kena cari makan luar epot ler. Kena yang roaster non-stop jaga ctr jaga gate takde masa nak keluar keluar cari makan kat luar. Makan kat mana yang sempat saja. Itu aku yang bujang dulu tu tapi yang dah berkahwin macam mana pulak?

So.. dipendekkan cerita MAS yang nampak GAH ni hanya luaran saja. Dalaman hanya mereka yang pernah 'been threre done that' saja yang tau dan memahami. Mana yang tak tahan contohnya aku tak tunggu lama-lama. Mana yang setia umpama logo WAU tu dah tertanam dalam dada mereka akan tunggu saja hinggalah saat ini.
Ada yang dah terima surat dan ada juga yang belum. Mana yang disambung alhamdulillah walaupon T&C dengarnya sangatlah hauk. Tak tau apa yang hauknya sebab aku sendiri tak baca T&C yang mereka terima. And one of my BFF juga antara mereka yang masih menunggu surat. Aku doakan yang terbaik untuk dia dan sahabat-sahabat aku yang lain.

Pada yng muda tahan lagi boleh cari keja lain tapi yang dah over 50 tu memang sedih. Hutang rumah kereta yang anak sekolah belajar aduhaiiiii mmg sedih. Haraonya m
ana yang tak diserap ke MAB harap dapat gunakan wang VSS itu dengan sebaiknya. Insyaallah ada rezeki yang lain. Jangan putus asa. Mudahlah aku yang menaip ni kan... yelahhh takkan aku nak suruh diaorg meratap hiba pulak.

Harapnya bila MAS bertukar menjadi MAB dan dapat pulak CEO yang baru MAS eh MAB akan berubah menjadi kembali hebat dan gemilang. Yang penting kebajikan staff jangan dilupa Mueller. Amboihhhh sesuka aku dok Mueller Mueller hehehehe..

Oklahhhh sekian dari aku. Good nite. 






 

Friday, July 15, 2011

4 minggu dah

Lama dah tak updet blog... takde idea.. nantilah bila idea nak bercerita nak merapu datang baru updet.

Mashehhhh...