Monday, September 15, 2008

Apa lagi yang mereka mahu?

Rintihan Eton siapa yang tahu

Rintihan Eton siapa yang tahuOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

ZAITON di pusara anaknya, Allahyarham Azirwan Abu Bakar.

DULU aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diriku
Tak bertempat mengadu
seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil
Ku menaruh harapan ...

Itulah antara bait-bait yang terkandung dalam lagu Menaruh Harapannyanyian Zaiton Sameon yang cukup popular sekitar pertengahan tahun1980-an. Siapa sangka, selepas lebih 20 tahun lagu ciptaan komposer A. Alidan lirik nukilan Habsah Hassan bagaikan menterjemah lara dan duka yang dilalui oleh penghibur yang suatu ketika dahulu pernah mencetusf enomena yang bukan kecil. Zaiton di zaman kegemilangannya pernah dipuja, diminati ramai serta dilabel sebagai simbol seks Malaysia kerana imej dan penampilannya yang begitu berani. Namun semua itu kini hanya tersimpan rapi dalam kotak fikiran sebilangan besar daripada kita yang pernah membesar dengan lagu-lagunyanyian Zaiton atau lebih mesra dikenali sebagai Eton.

Tragedi ngeri 21 Februari 1990 di Batang Kali, Selangor meragut segala-galanya dari hidup wanita yang hidupnya penuh dengan warna-warni itu. Kemalangan ngeri sekembalinya dia dari membuat persembahan di Kuala Ketil, Kedah bukan saja meranapkan masa depan kerjaya seninya. Bahkan, apa yang mendukacitakan Zaiton juga ialah peristiwa gelapi tu turut menyebabkan Eton kehilangan anak tunggal kesayangannya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun.

Hari ini, jarang sekali berita mengenai Zaiton kedengaran. Dia seperti tidak dipedulikan oleh mereka yang suatu ketika dahulu pernah memujanya. Lebih duka lagi, Zaiton meniti hidup sendirian tanpa suami di sisi,anak jauh sekali adik-beradik yang pernah sama-sama berkongsi saat-saat manis bersama. Mujur hatinya masih kuat dan gagah mengharungi kehidupan. Rasa sedih, kecil hati dan kecewa semuanya dibuang jauh-jauh kerana dia sedar tanggungjawab untuk menyara kehidupan sendiri harus diberi keutamaan. Sesekali, jauh di sudut hati, Zaiton mengharapkan sokongan daripada teman-teman rapat yang dahulunya pernah sama-sama menikmati kegembiraan. Namun, luahan rasa Zaiton itu tidak bermakna dia mengeluh jauh sekali memohon simpati daripada mana-mana pihak.

full article Rintihan Eton siapa yang tahu
(aku maleh nak menyemakkan blog aku dgn artikel yg panjang berjela tu)

Kenapa aku tetiba paste article pasal makcik Eton ni? Sebab aku rasa dah naik menyampah..dah x larat nak baca kisah2 dia lagik. Setiap kali cerita dia keluar kat tv or paper, mesti ada nak burukkan adik beradik dia sendri. Tak cukup-cukup. Dan orang luar yang tak tahu..mula buat spekulasi sendri. Makan hati dibuatnya.

Sebenarnya dia adik kandung abah aku. Berkongsi darah, ibu dan bapa yang sama. Apa yang dia cerita tu semua fitnah. Sapa adik beradik dia yang x peduli kat dia sebenornya? 2 minggu lepas pak lang datang umah pengurus dia tu. Nak bawak dia duduk skali. Tp apa jawapan dia? Dia tak nak. Dia nak duduk situ sbb dia ada banyak lagik show. Yelah kalo duduk dgn abang dia haruslah abang dia x bagik dia keluor menyanyi sana sini. Dulu dah duduk elok2 dgn pak lang dia mintak keluor umah. Dia nak ikot orang menyanyi kat kenduri. Kalo pak lang tak kasik takot dia buat bukan2 pulak. Takkan nak kunci pintu umah semua semata2 sbb tak nak dia keluor ?. So pak lang kasik dia keluor. Tapi..apa yang jadik? Dah keluor statement kata adik beradik x peduli. Kalo setakat nak sara idop macam yang dia kata tu pencen rm500 yang Karyawan kasik tu dah lebih dr cukop. Duduk rumah pak lang pon bukannya dia kena bayor sewa or bil api air. Duduk free. Dulu pak lang siap simpankan pencen yg dia dpt tu dlm akaun dia. Tp bila dia keluor dr rumah pak lang dia mintak buku akaun dia. Senang nak beli baju or nak pegi sana sini kalo ada show katanya. Sapa yang cari jalan nak hidup susah sekarang ni?

Aku heran jugak..kalo dia pi show ka bayaran skang manager dia kira mcm mana? Nak jugak aku tau. Dia duduk rumah manager dia tu free ker? Kalo free dan manager dia x amek satu sen pon dr duit yg eton ni dapat mmg baik hati sungguhlah. Susah nak jumpa orang luar yg takde kena mengena dgn kita sanggop bersusah payah demi memenuhi kehendak orang lain yg teringin amat nak menyanyi. Yelah..alangkan adik-beradik sendrik pon dia anggap busuk inikan pulak orang lain :P Tu yang aku jadik moskel tu...hahahaha..

Kami satu family dah tau sapa dibelakang eton bila dia asyik fitnah adik-beradik dia ni. Dah banyak sgt kisah merepek meraban yg keluor. Yang so called 'adik angkat' dia si Shahril tu pon nak apa lagik? Tak puas2 lagik korang berdua ni? Pelik sungguh...buleh tau diri tu anak angkat dengan sendrinya tanpa orang lain yg beritahu. Mak bapak pon x tau..adik beradik pon x tau yg 'adik angkat' tu adalah 'anak angkat' dan 'adik angkat' mereka. Mengaku sendri diri tu anak angkat. Kejap mak bapak betolnya orang ini, lepas tu orang itu pulak. Siap mengaku pewaris harta Lim Goh Tong. Dan sekarang dia baru saja ditabalkan dan nama baru dia ialah Tengku Abdullah. Logik ker? Hahahahah....orang tak waras je yg buat keja gila mcm ni. Kesian abah aku ada adik x waras. Dah tu siap ugut nak bomohkan adik aku sbb adik aku pi jumpa 'manager' eton tu crita hal sebenar. Dulu masa abah kena heart attack n' buat bypass operations sikit punya seronok dia. Siap telefon sana sini bgtau orang yg ilmu dia kat abah aku menjadi. Bangang!!!

Padahal yg duduk tanggung dia anak beranak dulu sapa? Bini dia lari balik Sabah lepas kena pukul, cerai (ntah brapa kali kena cerai aku pon x tau) dan halau tu sapa yg kasik duit? Bila xde sapa lagi yang nak menanggung mula jadik gila! Helloooooo...bapak aku pon tak menanggung anak2 dia mcm dia tanggung biawak gila mcm ko tu tau! Kami adik-beradik ni reti jugak bekerja cari rezeki bukan mcm ko tau nak senang je idop. Itupon pernah ke ko cakap trima kasih? Kebod berbelas ribu yg abah belikan dulu kat ko sampai berhutang CC apa yang buat? Ko gila talak mcm biasa..ko jual kebod tu ko pi Sabah cari bini ko. Satu sen abah aku x mintak ko bayor!.

Sudahlah tu. Tak payah mimpi yg eton tu buleh glemer balik mcm bomoh samdol yg ko jumpa tu cakap. Kalo tak dapat terima kenyataan yg eton tu xkan glemer lagik. dan tadak sapa yg nak menanggung idop korang mcm dulu lagik aku mintak jgn ganggu adik-beradik ko lagik. terutamanya abah aku. Itu jer dah cukop.

Aku mmg marah. Marah sangat. Dan aku kesian bila tengok abah aku setiap kali eton dan adik angkat dia tu menjaja fitnah sana sini. Cukoplah. Jangan sampai nanti bila mati tadak sapa yg nak kebumikan ko berdua. Kalo tanya aku..mmg aku tak hingin nak ziarah ko berdua ni!!!.

p/s: kubur sapa yg eton pi kat gambor tu? setau aku kubur arwah abang ewan mmg berpagar keliling. dah tercabot ke pagar tu?











3 comments:

zamarissa said...

oooooo....
kiranya eton ni makcik ko le ek...
teruk btl diorg tu kan????
nk burukkkan family yg lain lak...
ARTIS, biasa le kan...cr glemer...
pastu dh x glemer, mta simpati ngan org lak...

TP KAN MUKA KO ADE IRAS2 ETON RRRRR...
heheheheeheh...jgn marah aku tau!!!!!!!!!
DAAAAAAAAAAAAAA....

eija said...

aku nak marah jugak. manade muka aku ada iras2 dia. tidakkkkkkkkk... katakan itu dusta. hahahaha...
dia adik abah aku. tu yg aku hangat ati tu bila tgk dia jaja sana sini psl adik beradik dia.

cikwawi said...

oooo... baru kita tau...

anyway, jgn marah2 ye.. kita ada hadiah kat awak, bole amik kat blog kita ye... cool bebeh.. tenang2kan fikiran anda...