Sunday, June 12, 2011

Pahit...

10/6/2011..Jumaat lepas aku ke HUKM. Ada appointment dgn pakar Child Development Centre (CDC) HUKM. Resultnya..lepas nurse itvw aku..bagi task kat ceqyan, MO itvw aku dgn MNY last pakar CDC (aku lupa nama pakar tu) itvw aku dgn husband..pakar tu sah kan yg ceqyan is a hyperactive child.

Sebab ceqyan baru 3 tahun, pakar tu cakap takde ubat yg diaorg boleh kasik lagik. Cuma ceqyan kena continue masok terapi carakerja dgn terapi berkata. Dan paling baik ceqyan dihantar ke nursery, mix kan dia with other child. Yang paling susah aku nak buat sekarang antor ceqyan ke nursery. Aku asik hold saja..kali ni aku kena tekad betul2. Bukan utk orang lain tp utk kebaikan anak aku. Takot lagi lambat bila dia dah masok sekolah lagi masalah, kesian dia nanti.

Aku nampak tenang masa pakar tu cakap..tp dalam hati luruh sebenornya. Sebelum ni aku cuba menidakkan.. aku kata ceqyan normal cuma lambat bercakap saja. Pahit rasa nak menerima. Sedih..segala perasaan ada. Tambah bila mengenangkan saat aku hilang sabar dgn kelaku ceqyan. Ya Allah..sebak rasanya.

Aku kena kuatkan semangat. Banyak yang perlu aku buat nanti. Paling penting diri aku sendiri. Kena banyakkan sabar bila dgn ceqyan. Kena control perasaan marah aku bila dgn dia. Ceqyan tak salah. Ni semua ujian Allah pada aku dan MNY. Ya Allah..Kuatkanlah aku dan MNY. Setiap ibu bapa semestinya mendoakan yang terbaik utk anak2. Insyaallah ceqyan akan pulih macam kanak-kanak normal yg lain.

p/s: 10/6 tu ulangtahun perkahwinan aku dan MNY yg ke-6 huhuhuhu