Monday, August 25, 2008

"Terlajak perahu buleh diundur.. Terlajak kata buruk padahnya".

Pepatah ni amatlah sesuai untuk aku kali ni. Actually aku tak terlajak kata tapi terlajak sikap. Aku terasa yang aku agak keterlaluan kali ni. Dan sememangnya aku menyesal dengan kelakuan aku tu. Seperti mak abah aku tak mengajar aku bertatatusila bila berdepan dengan orang lain.

Kelakuan aku memang tak sepatutnya. Kenapa aku memburukkan keadaan yg nampak gayanya dah agak tenang? Terasa yang betapa aku ni terlalu bongkak dan sombong. Dengan perasaan bersalah lagik. Ya Allah .... sememangnya aku teramat menyesal. Aku malu dengan diri aku sendiri.

Tapi aku yakin masih belom terlewat lagi untuk aku berubah sikap. Dan kerana itu aku janji dengan diri aku sendiri... aku takkan bersikap macam tu lagi lepas ni. Insyaallah.



Wednesday, August 20, 2008

Setelah sekian lama...

Muahaha…dah dekat setahun aku bukak blog ni…ini kali kedua aku update blog aku. Tahap kemalasan yang amat melampau. Apa aku nak crita yer? Oooo…sabtu lepas aku ke Putrajaya tengok bunga api. Tengok kat tepi highway jer. Nak masok PICC mmg tak buleh. Jalan banyak tutup. Memula aku ingat opismet aku si Tini tu dah ‘kincing’ aku sbb bila dah masok Putrajaya aku x nampak bayang2 bunga api pon. Yelah budget dah lambat. Ngupanyer show blom start…hahaha.. Kesian Tini kena tuduhan liar dari aku.

Pukul 10 baru start. Jalan mmg jem. Penuh kereta kat tepi highway tu. Adalah kot dalam 45 minit. Zharif memula nampak excited tengok bunga api tu tp bila dia dah nampak abah dgn kakak dia makan..teros mata ke makanan je. Cian baby masham aku tu. Pantang sungguh tengok orang makan. Dah abih show teros gerak balik. Ingat nak pegi makan2 kat area Putrajaya tu. Tp sbb jalan pon jem terok teros je balik Senawang. Makan kat umah mak lagik best. Free gituhehehehe.


Gambor dari jauh, antara nampak dgn x nampak ja bunga api tu.


Zharif tengah nak capai camera.

Zharif n' mimie.

Ahadnyer pulak..ke Ulu Bendul. Encik pakcik tetiba teringin nak mandi-manda pulak. Memula mak dgn abah tak kasik bawak Zharif tp mcm x syok plak nak tinggalkan dia kat umah. Aku berkeras jugak nak bawak. Tak buleh cakap apalah mak dgn abah. Tp sampai je sana..muka Zharif muncung sedepa. Masam je. Abah dia bawak turun ke air pon muka dia semacam je. Tak senyum lansung. Alih-alih bila aku amek...dok pelok sambey tepok-tepok dia tengok2 lena dah anak aku tu. Sabor jelah. Tak menikmati keindahan alam lansung.


Muka budak masam. Upsssss...abah dia terseksi sat...

Balik dr Ulu Bendul...pi Muzium Seri Menanti. Kalo nak tau inilah kali pertama dalam hidup aku selama ni aku jejak kaki ke situ. Nama je kampung kat N.9 mmg aku x pernah lansung ke situ. Kecik2 dulu pon abah x pernah bawak. Dah beranak ni baru aku dpt pegi...hahahaha... Tp sbb dah sampai lambat Muzium ni pon dah tutup. Sempatlah jugak amek gambaq. Errr..jangan tanya gambar aku. Size badan aku x muat masok dlm gambor.