Wednesday, September 24, 2008

Tag plak dah...

Aku kena tag dgn cikwawi tp baru hari berkesempatan utk menjawab. heheheh..

First Name - Noor
Nickname - eija, niza, hani, klod...hehehehe
Birthday - 6th Mac
Birthplace - HBKL.
Time of Birth - mengikot surat beranak aku adalah pd pkl 8.05am
Zodiac sign - Pisces

–This or That–

Flower or Chocolate - dedua aku suka
Pepsi or Coke - Coke
Pop or Rock - Rock..pop pon ok sebenornya
Relationship or One Night Stand - Haruslah relationship
School or Work - Masa kat school pk keja tu best bila dah keja rasa school lagik best.
Love or Money - Money 1st 2nd Love...hahahaha
Movies or Music - Dedua perlu
Country or City - Country
Sunny days or Rainy days - ikot keadaan
Friends or Family - Family

–Have you ever–

Lied - pernah
Smoked - merokok menbahayakan kesihatan
Broke someone’s heart - penah.
Had your heart broken - penah juga..
Wish you were a prince/princess - hahahah..pernah jugak berangan2 masa kecik2 dulu
Liked someone who was taken - dolu-dolu ada
Shaved your head - nope tp x tau masa baby dulu
Been in love - always dgn pakcik ku tercinta..hahahah
Used chopsticks - x brapa gemor dan x brapa pandai.
Sang in the mirror to yourself - penah..hahaha

–Favorites–

Flower - roses, carnation
Candy - tadak yg feveret pon
Scent - yg sporty dan yang lembut
Color - black, navy blue
Musical Instrument - gitar, drum
Movie - Love Actually, Bridget Jones's Diary, Ocean's 11, 12 & 13
Actor/Actress - Angelina Jolie, George Clooney, Colin Firth, Liam Neeson, Hugh Grant, Brad Pitt (kenapa byk sgt actor ni? hahahhaa)
Junk food - biskut ceklat tiger buleh dak? hahahhaa..
Animal - suka kucing tp x buleh dekat sbb allergik
Ever cried over someone - yes
Is there anything you wish you could change about yourself - dpt kembali masa umurku 18 thn.
Do you think you’re attractive - yer rasanya.
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - kena senaraikan balik crita2 dongeng dulu baru buleh pilih.
Do you play any sports - dolu2 netball, hoki, bola baling, badminton, bowling

–List (8) random facts about yourself –

1. bercakap tanpa berpk
2. garang -
3. pakcik cakap aku ni lucu..hahahaha..
4. agak kalut bila sesuatu perkara jadik
5. mudah susah ati.
6. boros sebenornya
7. cemburu
8. penyayang

mangsa seterusnya utk ditag ialah

Cikgu Ayu
nakal-irsyad

yang lelain tu dah dapat rasanya.

Monday, September 15, 2008

Apa lagi yang mereka mahu?

Rintihan Eton siapa yang tahu

Rintihan Eton siapa yang tahuOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

ZAITON di pusara anaknya, Allahyarham Azirwan Abu Bakar.

DULU aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diriku
Tak bertempat mengadu
seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil
Ku menaruh harapan ...

Itulah antara bait-bait yang terkandung dalam lagu Menaruh Harapannyanyian Zaiton Sameon yang cukup popular sekitar pertengahan tahun1980-an. Siapa sangka, selepas lebih 20 tahun lagu ciptaan komposer A. Alidan lirik nukilan Habsah Hassan bagaikan menterjemah lara dan duka yang dilalui oleh penghibur yang suatu ketika dahulu pernah mencetusf enomena yang bukan kecil. Zaiton di zaman kegemilangannya pernah dipuja, diminati ramai serta dilabel sebagai simbol seks Malaysia kerana imej dan penampilannya yang begitu berani. Namun semua itu kini hanya tersimpan rapi dalam kotak fikiran sebilangan besar daripada kita yang pernah membesar dengan lagu-lagunyanyian Zaiton atau lebih mesra dikenali sebagai Eton.

Tragedi ngeri 21 Februari 1990 di Batang Kali, Selangor meragut segala-galanya dari hidup wanita yang hidupnya penuh dengan warna-warni itu. Kemalangan ngeri sekembalinya dia dari membuat persembahan di Kuala Ketil, Kedah bukan saja meranapkan masa depan kerjaya seninya. Bahkan, apa yang mendukacitakan Zaiton juga ialah peristiwa gelapi tu turut menyebabkan Eton kehilangan anak tunggal kesayangannya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun.

Hari ini, jarang sekali berita mengenai Zaiton kedengaran. Dia seperti tidak dipedulikan oleh mereka yang suatu ketika dahulu pernah memujanya. Lebih duka lagi, Zaiton meniti hidup sendirian tanpa suami di sisi,anak jauh sekali adik-beradik yang pernah sama-sama berkongsi saat-saat manis bersama. Mujur hatinya masih kuat dan gagah mengharungi kehidupan. Rasa sedih, kecil hati dan kecewa semuanya dibuang jauh-jauh kerana dia sedar tanggungjawab untuk menyara kehidupan sendiri harus diberi keutamaan. Sesekali, jauh di sudut hati, Zaiton mengharapkan sokongan daripada teman-teman rapat yang dahulunya pernah sama-sama menikmati kegembiraan. Namun, luahan rasa Zaiton itu tidak bermakna dia mengeluh jauh sekali memohon simpati daripada mana-mana pihak.

full article Rintihan Eton siapa yang tahu
(aku maleh nak menyemakkan blog aku dgn artikel yg panjang berjela tu)

Kenapa aku tetiba paste article pasal makcik Eton ni? Sebab aku rasa dah naik menyampah..dah x larat nak baca kisah2 dia lagik. Setiap kali cerita dia keluar kat tv or paper, mesti ada nak burukkan adik beradik dia sendri. Tak cukup-cukup. Dan orang luar yang tak tahu..mula buat spekulasi sendri. Makan hati dibuatnya.

Sebenarnya dia adik kandung abah aku. Berkongsi darah, ibu dan bapa yang sama. Apa yang dia cerita tu semua fitnah. Sapa adik beradik dia yang x peduli kat dia sebenornya? 2 minggu lepas pak lang datang umah pengurus dia tu. Nak bawak dia duduk skali. Tp apa jawapan dia? Dia tak nak. Dia nak duduk situ sbb dia ada banyak lagik show. Yelah kalo duduk dgn abang dia haruslah abang dia x bagik dia keluor menyanyi sana sini. Dulu dah duduk elok2 dgn pak lang dia mintak keluor umah. Dia nak ikot orang menyanyi kat kenduri. Kalo pak lang tak kasik takot dia buat bukan2 pulak. Takkan nak kunci pintu umah semua semata2 sbb tak nak dia keluor ?. So pak lang kasik dia keluor. Tapi..apa yang jadik? Dah keluor statement kata adik beradik x peduli. Kalo setakat nak sara idop macam yang dia kata tu pencen rm500 yang Karyawan kasik tu dah lebih dr cukop. Duduk rumah pak lang pon bukannya dia kena bayor sewa or bil api air. Duduk free. Dulu pak lang siap simpankan pencen yg dia dpt tu dlm akaun dia. Tp bila dia keluor dr rumah pak lang dia mintak buku akaun dia. Senang nak beli baju or nak pegi sana sini kalo ada show katanya. Sapa yang cari jalan nak hidup susah sekarang ni?

Aku heran jugak..kalo dia pi show ka bayaran skang manager dia kira mcm mana? Nak jugak aku tau. Dia duduk rumah manager dia tu free ker? Kalo free dan manager dia x amek satu sen pon dr duit yg eton ni dapat mmg baik hati sungguhlah. Susah nak jumpa orang luar yg takde kena mengena dgn kita sanggop bersusah payah demi memenuhi kehendak orang lain yg teringin amat nak menyanyi. Yelah..alangkan adik-beradik sendrik pon dia anggap busuk inikan pulak orang lain :P Tu yang aku jadik moskel tu...hahahaha..

Kami satu family dah tau sapa dibelakang eton bila dia asyik fitnah adik-beradik dia ni. Dah banyak sgt kisah merepek meraban yg keluor. Yang so called 'adik angkat' dia si Shahril tu pon nak apa lagik? Tak puas2 lagik korang berdua ni? Pelik sungguh...buleh tau diri tu anak angkat dengan sendrinya tanpa orang lain yg beritahu. Mak bapak pon x tau..adik beradik pon x tau yg 'adik angkat' tu adalah 'anak angkat' dan 'adik angkat' mereka. Mengaku sendri diri tu anak angkat. Kejap mak bapak betolnya orang ini, lepas tu orang itu pulak. Siap mengaku pewaris harta Lim Goh Tong. Dan sekarang dia baru saja ditabalkan dan nama baru dia ialah Tengku Abdullah. Logik ker? Hahahahah....orang tak waras je yg buat keja gila mcm ni. Kesian abah aku ada adik x waras. Dah tu siap ugut nak bomohkan adik aku sbb adik aku pi jumpa 'manager' eton tu crita hal sebenar. Dulu masa abah kena heart attack n' buat bypass operations sikit punya seronok dia. Siap telefon sana sini bgtau orang yg ilmu dia kat abah aku menjadi. Bangang!!!

Padahal yg duduk tanggung dia anak beranak dulu sapa? Bini dia lari balik Sabah lepas kena pukul, cerai (ntah brapa kali kena cerai aku pon x tau) dan halau tu sapa yg kasik duit? Bila xde sapa lagi yang nak menanggung mula jadik gila! Helloooooo...bapak aku pon tak menanggung anak2 dia mcm dia tanggung biawak gila mcm ko tu tau! Kami adik-beradik ni reti jugak bekerja cari rezeki bukan mcm ko tau nak senang je idop. Itupon pernah ke ko cakap trima kasih? Kebod berbelas ribu yg abah belikan dulu kat ko sampai berhutang CC apa yang buat? Ko gila talak mcm biasa..ko jual kebod tu ko pi Sabah cari bini ko. Satu sen abah aku x mintak ko bayor!.

Sudahlah tu. Tak payah mimpi yg eton tu buleh glemer balik mcm bomoh samdol yg ko jumpa tu cakap. Kalo tak dapat terima kenyataan yg eton tu xkan glemer lagik. dan tadak sapa yg nak menanggung idop korang mcm dulu lagik aku mintak jgn ganggu adik-beradik ko lagik. terutamanya abah aku. Itu jer dah cukop.

Aku mmg marah. Marah sangat. Dan aku kesian bila tengok abah aku setiap kali eton dan adik angkat dia tu menjaja fitnah sana sini. Cukoplah. Jangan sampai nanti bila mati tadak sapa yg nak kebumikan ko berdua. Kalo tanya aku..mmg aku tak hingin nak ziarah ko berdua ni!!!.

p/s: kubur sapa yg eton pi kat gambor tu? setau aku kubur arwah abang ewan mmg berpagar keliling. dah tercabot ke pagar tu?











Wednesday, September 10, 2008

Tag Ramadan


Bukak blog ari ni nampak komen dr kak aiza. Ada Tag Ramadan pulak hehehehe.
Aku pon nak copy paste jugaklah. :P

Didukung oleh: Antown, Mangosteen, Sha, Jasmine, emh, Mummy HnH, UmmiIna, Koci, Aiza a.k. Nis, eija, your name here!

Bagaimana caranya?.
Copy gambar di atas lalu posting di blog anda2.
Lanjutkan tags ini minimal ke 5 blogger muslim yang anda kenal. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags

Catatan: Yang mendapat tags ini hanya untuk blogger muslim.

Maka dengan ini aku nak memberi pulak kepada:-

Cikgu Ayu
bib
nakal-irsyad
pu3
cikwawi

cukop jugak 5 orang. hehehehe...

Monday, September 8, 2008

Aku gumbira.

Sebelom cerita gembira nak cerita sedih dulu. Zharif demam dari khamis sampai sabtu. Aku kat umah susah hati bila mak bagitau. Nak amek EL dah tinggal satu hari je aku nak keja. So aku tahan jelah. Cuma pesan dengan mak kalo demam Zharif makin teruk bagitaulah aku. Aku balik terus nanti. Abih je keja hari sabtu tu terus aku balik umah mak. Tengok-tengok Zharif demam lagik. Letak beg terus bawak dia ke klinik. Lega bila Doktor kata paru-paru dia ok. Tapi kesian tengok dia tak selesa. Kejap-kejap batuk, dengan selsemanya. Monyok je muka. 4 botol ubat doktor kasik. Demam, kahak, batuk dengan selsema. Huh...seksalah nak kasik dia makan ubat gamaknya sebab Zharif memang susah nak makan ubat. Baru keluorkan botol ubat tu dia dah muntah dulu. Ubat dah masok dalam mulot melolong-lolong. Sabo jelah. Nasib baik bila ahad pagi tengok dia dah baik demam. Cuma batuk dengan selsema jelah. Dah baik demam tu paham-paham jelah. Mualalah dok bersilat dengan dia. Tak reti dok diam.

Ok abih dah cerita sedih.

Hehehe....aku gumbira ni. Zharif rupa-rupanya dah meniarap. Seronok sangat aku bila mak bagitau. Memula macam tak percaya jugak sebab aku hari-hari call mak tapi tadak plak mak bgtau pasal tu. Nak kasik aku suprise kot. Kata mak pantang letak atas tilam tak sudah-sudah Zharif dok meniarap. Nak letak dia baring kat sofa pon dah bahaya sekarang ni sebab dia asyik nak berpusing-pusing je. Aku antara percaya dengan tak jelah sebab belom tengok lagi time tu.

Malam tu masa nak tidokan dia...OMG...serius Zharif memang dah buleh meniarap. Lama aku tunggu..7 bulan baru badan baby masham aku ni ringan agaknya. Syukur alhamdulillah. Honestly, aku memang susah hati bila Zharif dah masok 7 bulan tak meniarap lagi. Sekali-sekala tergolek jugak dia tapi susah nak tengok. Kalo meniarapkan dia tak sampai 10 saat dah menjerit suruh baringkan dia balik. Sampai tiap kali aku jumpa doktor mesti aku tanya ada tak baby yang tak meniarap.Even doktor cakap n' member-member lain bagitau ada baby yang skip dr meniarap aku still susah ati. Kalo boleh biorlah Zharif follow semua skip sampai dia dah buleh jalan nanti. Tu yang excited bila tengok Zharif meniarap sendiri. Dan yang buat aku tambah excited lagi ni..Zharif dah 2,3 kali bila dia dok angkat badan dia terus duduk. Duduk tanpa sengaja sebenornya sebab lepas tu mesti dia tumbang balik..hahahaha. Tapi mintak-mintaklah lepas ni dia buleh duduk sendiri pulak..huhuhu. Upssss...lupa. Zharif dah 8 kg now. Gambor dia meniarap x sempat nak amek kalo dak buleh tempek kat sini.

Yang best lagik.

Sabtu lepas jugak...setelah bertahun-tahun..ni kali pertama aku dengan semua adik -adik aku bukak posa sama-sama dengan mak abah. Yelah..boleh katakan aku adik beradik masing-masing keja shift. Kalo yang adik ni ada, adik yang ni pulak takde. Hari-hari biasa pon susah nak berkumpul. Jumpa pon time raya je. Tu yang abah excited sampai dia balik dari pasar Ramadhan hari tu naik penoh meja dengan lauk yang dia beli. Belom campor yang mak masak lagik tu. Sampai mak cakap kena beli dining table 10 seater pulak nampaknya sebab 8 seater yang ada ni tak cukop untuk semua duduk satu meja kalo dah berkumpul ramai-ramai ni. Memang riuh-rendah kat hari tu. Tahun depan Zharif dah setahun lebih. Siaplah...harus dia yg sebok dulu...hahahaha.


p/s: Aku adik beradik ada 5 orang..kalo buleh aku nak anak pon ramai mcm tu jugak. Kalo lebih lagik bagos. Baru syok. :P

Wednesday, September 3, 2008

Kisah aku hari ini...

Selamat berpuasa semua. Hari ni dah masok hari ketiga kita berpuasa. Aku pulak baru masok keja hari ni lepas 2 hari cuti dan off day. Pakcik bawak keta hari ni. Dia antar aku ke opis dulu baru ke opis dia. Alasannya kalo naik LRT sampai awal kat opis. Dia tak tau nak buat apa kalo sampai awal-awal tu. Kot dapat breakfast dulu ok jugak katanya. Sabor jelah.

Kat opis, aku punyalah mengantuk. Slalu kalo mengantuk tu dpt jugak pekena neskepe ais ni dah posa tahan jelah mata mengadap pc. Pukul 3 pakcik sms tanya aku nak mai sana ka nak dia mai amek. Aku igt nak tumpang Tini ke Bangsar tp Tini tak pulak lalu dekat opis pakcik tu. Dia buleh drop aku kat Pantai Medical Centre je. So hati aku plak berbelah bagi. Kena plak Meera offer OT lagikler tambah bingung. Nak ikot Tini or tunggu pakcik kat opis sambil aku buat OT? Call pakcik tanya dia camana..dr jawapan dia aku taulah dia nak aku ke sana. Terpaksalah aku ikot Tini. Aku plak tengah pikir nak pi opis dia mcm mana? Nak tunggu kat PMC or Tini drop aku kat LRT University amek LRT tunggu pakcik kat LRT Bangsar. Payah bebenor. Alih2 aku call pakcik cakap aku tunggu kat LRT Bangsar. Dalam kereta aku dok membebel2 kat Tini. Kesian makcik tu..hahahaha. Tapi yang buat aku jadik tambah sakit ati masa aku tengah membebel tu sms pakcik masok. "Ingat tak lagik cara-cara nak naik LRT?". Panas..panas... masa baca sms dia tu. Aku habaq kat Tini, dia bantai gelak. Aku tak reply pon. Maleh.

Sampai Bangsar..aku ubah fikiran plak. Aku suruh Tini drop aku kat PMC sbb aku nampak ada taxi stand. . Aku ingatkan adalah tempat duduk. Dapatlah aku duduk sementara tunggu pakcik tp dah namanya taxi stand haruslah aku berdiri. Nak duduk celah mana? Menyesal plak turun kat situ. Dalam hati dok membebel2 lagik. Ingat nak tunjuk perasaan kalo pakcik sampai nanti. Hahahahaha....lps 15 minit aku tunggu kat situ nampak je kelisa kuning hitam tu automatik aku senyum. Tersimpul-simpul lak tu. Nasib baik tadak orang kat situ. Kalo dak confirm orang ingat aku gembira sbb bopren dah sampai. Masok dalam kereta pakcik tanya awat aku tak tunggu kat LRT Bangsar tak pon suruh Tini antar kat opis dia ja. Chisssss..suka suki ja nak arah2 orang. Tini dah kasik aku tumpang cukop baikler tu.

Pakcik kena balik opis dia dulu sbb blom abih keja. Aku tunggulah dalam kereta. Sms masok.
"Tipu ja kata tunggu kat bus stop tadak bumbung". Wakakkakaka...pakcik yang antor sms. Dia kata aku tipu. Manada aku tipu. Aku kata aku tunggu kat busstop depan PMC. Tak sebot lansung pasai bumbung.

Balik tu dalam kereta mcm biasa. Hasrat aku nak tunjuk perasaan lansung ilang. Tersentuh pulak hati aku bila kenangkan. Selama ni aku senang pi balik keja naik keta sedangkan pakcik guna public transport. Naik bas lepas tu naik LRT. Ada masa sampai berjam-jam dia tunggu bas. Dia tak pernah merungut kat aku pasal tu. Aku ni yang dah bertahun2 tak guna public transport baru sekali kena dah bising-bising. Tu pon blom guna lagik, tumpang keta orang. Dah nak marah-marah.

Jadi kesimpulannya...ialah aku kena belajar give n' take. Belajar bertimbang-rasa tambahan pulak dengan suami sendiri. Lagi satu kena belajar bersabar.Tambah-tambah bulan puasa ni. Jangan ikot perasaan sendiri je. Kalo asik dok pikir senang diri sendiri je susahlah hidup aku nanti gamaknya.

Untuk encik pakcik...maafkan saya yer.



Tuesday, September 2, 2008

Sejak Bergelar ibu..


Ahad lepas aku ke Ikano..aku tuju ke BO dulu. Carik romper utk Zharif. Sikit punyer lama aku membelek dalam BO tu aku beli 2 pasang je untuk Zharif..hahahaha. Nasiblah jugak aku beli jeans utk mimie dgn kakak kira time nak bayor tu banyakler barang. Dah keluor dr BO aku singgah Padini kat seblah BO tu. Ada ler selai baju yg aku berkenan. Aku tunjuk kat pakcik dia kata ok. Tapi aku belek punyer belek..sudahnya aku letak balik.


Pakcik dah tunggu kat Starbuck dgn Zharif. Bila aku datang kat dia dgn tangan kosong dia tanya mana baju aku beli? Aku gelak2 kata tak best. Dia bising dah kasik duit tp aku tak beli jugak baju untuk aku. Jawapan aku...tunggu aku kurus dulu. Dah kurus nanti baru aku shopping baju aku. Pakcik sambung "ya sangatlah tu"...kui..kui...kui...

Ntahler memang sejak jadik ibu ni...priority bila aku bershopping haruslah utk Zharif dulu. Sedangkan bila dapat gaji aku cakap aku nak beli baju utk aku. Nak beli sesuatu utk merewardkan diri aku lepas penat bekerja. Tapi...nan ado. Balik-balik Zharif yang dapat baju baru..hahahaha. Bila pakcik bising aku cakap last utk bulan ni soping utk Zharif. Huhuhu...cakap hanya tinggal cakap jelah. Tau-tau ada je.

Sebenarnya...satu kepuasan bila aku dapat belikan sesuatu utk Zharif walopon harganya tak seberapa. Dan aku tau ramai ibu-ibu kat luor sana yg sama mcm aku. :P

Award....


Pu3 kasik aku award. Aku serba salah nak terima ni. Terasa macam qualified je lagik...hahahaha. apa-apa pun aku trima award ni. maceh pu3.

Tp yg jadik masalahnya..aku nak kasik kat sapo plak ni? Tengok gaya dalam list aku semuanya dah dapat. Buleh kasik pada yg dah dapat ker?