Monday, August 30, 2010

Bila tak kena tak belajar.

Isnin lepas adalah hari yang paling memakjalkan aku. As usual aku dengan pakcik dari Senawang. Ingatkan nak masok opis kejap amek surat yg boss aku kena sign lepas tu terus chow ke KL sebab pakcik masok keja pukul 11am. Sekali boss aku dah call pulak mintak buatkan satu surat. URGENT katanya. So sebagai 'Saya yang menurut perintah' aku kenalah buat kan kan... Kelam kelibutlah jugak aku dibuatnya. Dengan pakcik yang dah sms suruh cepat. Sampai KL terus antor pakcik ke opis dia. Aku kena cari Comm. of Oath sebab ada dokumen yg kena certified dari Comm of Oath before submit. Dah alang-alang aku kat area KLCC maka aku pon pikir mesti ada COO kat Wisma Central. Sampai depan Wisma Central aku dengan selambanya parking kat tepi jalan. Aku tengok banyak gak kereta dok parking kat situ. Dalam hati pikir paling kuat kena saman jerk. So aku biorkan kereta aku kat situ aku masok dalam cari COO. Nasib baik ada. Lega aku siap dah satu keja aku.

So aku pegilah kat kereta aku yg parked tepi jalan tu kan. Bila sampai aku tengok kereta aku takde. Aku dah heran. Rasanya aku parked kereta aku kat sini. Mana peginya? Dok tergaru-garu kepala aku dibuatnya. Memang heran sangat sebab aku yakin aku parked kereta aku kat situ. Tapi skang mana peginya kereta aku tu? Sekali ada sorang brader ni tegor aku. "Dik, kereta takde yer?" "Aah..takde bang. saya parked kat sini tadi". Brader tu senyum. "Kereta kuning yer dik? Dah kena tarik dah.". Erkkkkk...apa kereta aku kena tarik? "Kena tarik dengan sapa bang? DBKL?". "Ya dik..tadi kena. Adik lambat sikit je." Adoi..... "Camana nak buat ni bang? Diaorg tarik ke mana?" Aku dah pening. "Rasanya kat Jinjang tu...sebab depot diaorg kat sana. Cuba call DBKL tanya. Tp rasanya kereta adik belom sampai depot diaorg lagik ni. Kurang-kurang kena standby 3,4 ratus jugak tu nak keluorkan keta dik.". Alamak Jinjang?. Alamak 3,4 ratus? Matilah aku. Dah ler blom gaji. Duit yang ada pon bukannya banyak tu pon duit untuk barang hamper. Gabra dah aku. Terus call pakcik. Pakcik bleh soh aku call DBKL. Aku nak call DBKL mana aku tau no tepon diaorg. Aku dok tepi jalan ni nak google pon. Pakcik kata nanti dia cari. Sms masok dari pakcik kasi no tepon hunting line DBKL. Cesssssss aku jugak yang kena call. Malas nak cakap banyak. Nasib baik tak lama pon diaorg angkat call aku. Cust. Svcs DBKL tu mintak aku call no Unit Tunda DBKL check kalo kereta aku memang kena tow. Aku call Unit Tunda...lepas kasik no plat kereta SAH memang kereta aku kena tarik. Jibrauk betul. Nak amek keta aku kena standby IC dengan geran photostat. IC ok..tapi geran? Nasib aku dalam tak baik ada yang baik jugak. Aku baru je renew roadtax aku jumaat sebelom tu. So geran photostat dengan insurans ada kat dalam kereta. Aku x bawak naik rumah. So aku call pakcik bgtau kena amek kereta kat Jinjang tu. Pakcik soh aku tunggu dia kat KLCC. Dia mintak time-off. Nasiblah jadik tak jauh dari opis pakcik.

Dah jumpa pakcik.. terus amek cab pegi Jinjang. Pakcik tanya nak dia masuk skali ke tak? Aku jawab x payah. Bior aku sorang je. Bior diaorg tengok skit aku terboyot-boyot ni datang. Masuk je gate kat situ terus ada orang DBKL tu tanya aku kenapa. Saya nak amek kereta saya yang kena tarik encik. Ingat saya suka-suka nak datang sini? Huhuhu...Ayat second tu aku cakap dlm hati jerkk. So dia tunjuklah mana tempat yang aku kena pegi. Nasib ada semua dokumen. So kejap jelah settle. Tapi uhuk...aku kena bayor RM205. Sodih lahai. Tu dapat diskaun tu sbb aku amek cepat. Yang harunya aku ingat bayor kat situ je ngupanya aku kena keluor balik pegi tempat bayor. Satu keroje nak berjalan. Adoilahhhh....panas ati sungguh. Settle semua lega hati aku. Memang bukan hari aku kot Isnin tu. Aku tengok orang2 DBKL tu pon macam serba salah je muka bila tengok aku. Huh...aku plak pandang sorang2 sambil pk sapalah yg dok gatai tarik kereta aku tadi?

So aku antor pakcik balik opis. Aku pon balik opis aku balik. Terbantut aku nak buat kerja aku kat SME Corp. Muka x yah cakaplah. Berlengas-lengas. Mood nak buat kerja pon ilang.

Tapi memang kes ni jadik pegajaran kat aku. NO MORE parking kereta kat tepi jalan kalo takde sapa yang tunggu. Tak sanggop lagik aku burn duit cam gitu. Korang pon janganlah walopon sekejap.

p/s: Jumaat lepas aku ke Wisma Central lagik sebab aku kena dapatkan sign dr COO lagik. Tapi aku masok parking. Aku kena charge RM3.00 je parking kat dalam tu. Huwaaaaaaaaaaaaa.. semata nak elak bayor parking yang brapa hengget tu aku rugi RM200. RM200 tu huwaaaaaaaaaa....





Sunday, August 15, 2010

Salam ramadhan...It's already 31 weeks.

Salam ramadhan buat semua. Tapi buat masa ni aku bukan nak cerita pasal ramadhan. Tu nanti dulu hehehe..
Pejam celik pejam celik...dah 31 minggu usia kandungan aku rupanya. Kejap je masa berlalu tau tau lagi 2 bulan aku nak bersalin untuk kali ke-dua. Rasanya sakit bersalinkan ceqyan dulu blom hilang dah nak bersalin lagik huhuhu.. Alhamdulillah...sepanjang aku pregnant kali ni takde kena alah yang melampo. Sama macam mengandungkan ceqyan dulu. Cuma masa ceqyan aku pernah dapat mc dr doktor 3 minggu sebab tulang bahu kanan aku lari. Time tu baru dalam 5 bulan aku mengandungkan ceqyan. Dah sakit cam gitu kena demam panas plak. Sememangnya dugaan sangat. Nak makan ubat dah tentu tak boleh. Tapi yang aku ralat sampai skang..Doktor pakar kat Damansara Specialist Hosp. nama Azmi kot..name card dia pon dah ilang... masa check tulang bahu aku/urat. Aku dah bagitau dia yang aku pregnant 5 bulan..so dia kenalah aware ubat apa yang dia boleh kasik kat aku. Ini tidak ikot suka dia je. Aku pon ingat ok, makan ajelah. Skali bila pegi checkup kat Dr. Raja, KPMC Puchong tu menjerit dia bila aku bagitau aku makan ubat sekian sekian tu (aku lupa plak nama ubat tu). Terkejot aku bila Dr. Raja kata ubat tu buleh buat baby kena sawan. Ya allah...sedih aku bila dengar.
Memang rasa sakit hati sangat dengan Specialist kat Damansara tu. Dah ler kena charge mahal gila. Ketuk-ketuk kaki je 1ooo lebih aku kena. Menggagau cari duit. Insurans company pon berapa sen sangat cover kalo outpatient ni. Memang jadi peringatan kat aku. Paling kuat aku cuma makan panadol je. Itupon kalo perlu. Nasiblah yg second ni takde sakit apa-apa. Cuma perot ni rasa macam besor sangat. Angin banyak doktor kata hehehe... Pehtu baby kat dalam quite aktif. Doktor kata mungkin dia tak selesa disebabkan perot ibunya yang banyak angin.
ni hasil scan masa 28 weeks hari tu. gendernya? jeng jeng jeng hehehe..i dapat gegirl plak.
Nanti aku story mory saat-saat nak bersalinkan ceqyan dulu. Skang ceqyan tengah dok atas riba payah nak menaip.