Wednesday, December 3, 2008

Semalam dan hari ini.

Semalam.

Dalam pukul 6 pagi lepas gomol-gomol Zharif aku dan hubby terus gerak balik ke KL dari Senawang sebab nak pi keja. Rasa macam dah lambat kalo ikot jalan dalam so aku ajak hubby ikot highway je. Jalan lancar tapi bila dah nak dekat dgn R&R Seremban tetiba aje jadik jem.

Aku : Ada eksiden ker kat depan? Tetiba je jem pepagi ni.
Hubby : Entah..yerlah kot. Takpon ada jalan tutop.

Masing-masing diam. Layan perasaan dan layan jalan yg jem. Dengar bunyi siren dari arah belakang. Aku paling ke belakang nampak ambulans. Sah ler tu ada eksiden. Bila nak sampai ke tempat eksiden tu aku tengok ada kereta bomba. Kereta masih bergerak perlahan. Aku terus pandang ke kiri. Aku nampak seorang pompuan yang duduk di tepi jalan dalam keadaan menangis dan dipeluk anaknya yg duduk dipangku dia (aku agak umur dalam setahun lebih atau 2 tahun) sedang ditenangkan oleh seorang anggota bomba. Tersentap terus dada aku bila melihat situasi tu.

Tak jauh di hadapan sebuah kereta yang remuk dan hangus terbakar berada di belah kiri jalan. Masih berasa dalam keadaan berasap. Mungkin bomba baru lepas padamkan api. Dan agak kehadapan di belah kanan pula aku tengok pembahagi jalan dah kemek dan sebuah kereta waja yg remuk teruk berada tak jauh dari situ. Hemmm...teruk nampak gaya eksiden ni. Lepas aje dari situ terus jalan clear balik. Ambulans yang dari belakang kami pon nampak dah pusing balik ke arah Seremban.

Aku yang dah lambat bila sampai je di opis duduk je terus sebok bercerita kat opismet aku pasal eksiden tadi.

Hari ini.

Sebelom naik ke opis aku amek paper The Sun. Masok pantry dulu sebab nak breakfast. Bila baca je paper aku tengok ada sedikit berita dan gambar pasal eksiden semalam. Ya allah...rupanya eksiden semalam tu dah meragut 3 nyawa. Terus terbayang kat mata aku wajah perempuan dan anak lelaki yang aku nampak semalam tu. Wajah si isteri dan ibu yang kehilangan suami dan anak tercinta. Dan wajah anak yang masih tak mengerti apa-apa yang dia sudah kehilangan ayah dan juga abang. Sebak dada aku. Sekelip mata mereka kehilangan orang yang tersayang. Tambah lagi bila mereka melihat dengan mata sendiri suami dan anak meninggal dan keadaan yang amat menyedihkan sedangkan sebelum itu elok saja mereka bersembang. Aku tak mahu membayangkan apa-apa sebab kehilangan orang yg tersayang bukanlah sesuatu yang menarik dan seronok untuk dibayangkan.

Pada L/Kpl Rohana dan juga keluarga takziah dari aku atas kehilangan suami dan juga anak. Semoga anda tabah dan sabar menempuh ujian yang diberikan oleh Allah ini.

Al-Fatihah buat arwah L/Kpl Azmi dan arwah Daniel.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

p/s : Aku tak mengenali mereka yang terlibat tp wajah-wajah semalam yg aku lihat cukop membuatkan aku rasa sebak sehingga kini. Untuk semua dan juga aku berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang.








3 comments:

zealvia said...

alfatihah

cikwawi said...

eija,
kitabaca dalam metro.. rupanya anda berada di gempat kejadian waktu tu.. kita doakan semoga isteri mangsa tabah demi anaknya yang sorang lagi tu..

eija said...

stp kali terbayang wajah isteri dan anak dia sampai skang aku rasa sebak. sungguh dia meraung. dan anak tu pula erat pelok mak dia. sedih bila terbayang.