Friday, November 28, 2008

Kisah kawan aku.

Sejak dua menjak ni aku memang jadi tempat meluah perasaan kengkawan. Tapi kisah pertama yang aku nak bercerita ni pasal kawan aku yang dah berkahwin ni. Aku namakan dia 'N' sajalah yer.

N ni dah berkahwin. Umor muda sikit je dari aku. Ada seorang cahayamata lelaki. N ni ada masalah panas baran terhadap husband dia yg agak kronik. Husband dia tak boleh buat silap sikit maka akan mengamoklah si N ni. Bayangkan hanya sebab kentot saja buleh jadik gaduh. Nampak lucu tapi kalo dipikir-pikirkan pada aku sebenarnya serius.

Pernah N bercerita kat aku yang dia bergaduh dgn hubby dia sebab hubby dia tersalah beli barang yg dia pesan. Dipendekkan cerita maka pecahlah satu pinggan akibat dari N yang tak dapat nak mengawal perasaan marah dia. Aku yang mendengar mulanya agak terkedu beberapa saat. Tapi lepas tu aku marah dia balik. Bukan apa..dia pecahkan pinggan tu satu hal. Yang buat aku marah ni sebab aku terpikir pasal anak dia. Kot terpijak kaca pecah kan dah naya budak tu. N diam je bila aku bising.

Sebenarnya N pernah bercerita kat aku. Dia jadik macam ni sebab hubby dia pernah ada affair dengan pompuan lain. Time tu dia pregnant. Dia rasa frust sangat. Dia rasa dikhianati. Hilang semua kepercayaan dia pada hubby dia. Sampaikan dia rasa dia tak rela hubby dia sentuh dia. Aku pernah tanya dia sayang tu ada lagik tak? Jawapannya cuma gelengan kepala. Dia stay sebab anak. Tapi aku tau dia sebenarnya masih sayang kat hubby dia. Cuma dia masih rasa marah dan mungkin jugak berdendam atas apa yang hubby dia dah buat dulu. Aku plak dengan dengan agak lepas cakap tak guna dia stay dengan hubby dia semata2 sebab tak mau anak dia tak berbapa. Bayangkan macam mana anak dia nak membesar dengan baik kalo asik tengok mak bapak bergado saja? Dia diam aje bila aku cakap macam tu.

Aku bukan apa. N ni sebenarnya bukan takat panas kat hubby dia tapi dengan anak dia jugak. Setiap kali dia marah kat hubby dia atau anak dia, dia mesti cerita dengan aku. Pernah sekali dia tolak anak dia yg datang pelok dia sebab dia marahkan hubby dia yg tanpa sengaja terlanggar kereta orang. Aku yang dengar cerita dia time tu terus je cakap "Ko kasik anak ko kat aku bior aku jaga anak ko. Tak baik ko buat anak ko mcm tu. Dia tak paham lagik apa masalah korang". N jawab dia tengah sakit hati time tu. Dia tak dapat control. Aduhai...Bila aku tanya hubby dia macam mana time tu jawapan dia hubby dia terlopong je tengok. Blur kejap aku.

N ni kalo ditengok dari luaran nampak lembut dan penakot. Tapi betollah kata orang. Orang yang kita nampak luaran lembut ni sebenarnya keras kat dalam dan orang yang nampak keras kat luar ni sebenarnya amatlah lembut. N cerita kat aku dia dibesarkan dengan mak yang teramat garang dan kasar. Mungkin sifat mak dia turun kat dia. Pernah sekali sebelom bercuti raya hari tu ada seorang kawan aku dok wish selamat hari raya sambil cium pipi. Kawan aku buat macam tu jugak pada N. Lepas aje kawan aku blah N pandang aku dengan muka yg agak merah lepas tu cakap kat aku yang dia tak pernah cium-cium pipi dengan mana-mana kawan perempuan dia pon. Dia tak biasa. Aku yang dengar time tu terus gelak besar. Rasa tak percaya. Tapi kenyataannya memang dia tak pernah biorpon dengan mak dia sendiri. Sambil gelak-gelak aku suruh dia biasa-biasakan dengan keadaan macam tu.

Banyak jugak aku nasihatkan N ni terutama pasal baran dia kat anak dia tu. Semalam HP dia rosak sebab anak dia masukkan dalam washing machine. Aku tanya dia apa yang dia buat kat anak dia? Dia gelak. Katanya dia ikot nasihat aku bila rasa nak marah tu dia tarik nafas panjang-panjang lepas tu istigfar. Terus tak jadik marah katanya. Hehehehe...Lega aku dengor. Katanya dia sekarang cuba kawal panas baran dia. Alhamdulillah. Aku doakan kawan aku si N ni berjaya.

Ni kisah pertama. Nanti kalo aku ada masa aku cerita pulak pasal kawan aku yang lain pulak.:)

Terima kasih kerana sudi membaca.


No comments: