Tuesday, July 13, 2010

Persatuan Penduduk Sri Begonia Apartment

Ahad lepas pagi-pagi lagi tidurku dah diganggu dengan bunyi lagu yang dipasang kuat dari speaker kat padang depan rumah. Ceqyan yang tidur kat sebelah pun muka dah berkerut-kerut. Yang abahnya dah lari tidur ke luar. Macamlah tidur kat luar tu boleh lena. Makin kuat bunyi lagu yang dipasang aku dah rasa tension. Ceqyan terus tarik aku soh ngadap dia. Si kenit ni memang kalo dia jaga tengok aku tidur membontot dia mesti dia tarik aku suruh mengadap dia. Tapi bunyi muzik dari speaker tu buat ceqyan terus bangun tengok tingkap. Siap panggil aku tengok jugak. Huhuhu..ibu malas. Dah bising cam gitu nak tidur mananya lagik. Terus bangun. Masak nasi. Cadang nak buat nasi lemak tapi malasler pulak. Nasi goreng ayam pon jadiklah..

Rupanya kat depan padang tu ada Mesyuarat Agung Persatuan penduduk Sri Begonia Apartment ni. Aku just pasang-pasang telinga sajalah. Patutnya aku kena turun ni sebab aku bukan penyewa..aku pemilik rumah. Hihihi aku nak join persatuan? Mimpilah. Pengerusi masjlis dah buat pengumuman mesyuarat akan dimulakan selepas bacaan doa dan persembahan nasyid oleh anak-anak penduduk. Tapi tetiba saja ada sorang bersuara mintak buat pengumuman dulu 'korum' cukup atau tidak untuk meeting berjalan. So pengerusi majlis jawab selepas bacaan doa akan diberitahu. Sebaik sahaja bacaan doa selesai suara yang bertanya soalan 'korum' tadi kedengaran semula. Kali ni dalam nada yang agak keras. Seseorang menjawab bagi acara pertama dulu selesai barulah akan diberitahu berapa ramai yang hadir untuk memulakan mesyuarat. Oh...marah betul encik tu bila soalan beliau tidak dilayan.

Ok..meeting dah start..pengumuman korum dah dibuat. Pemilihan pengerusi persatuan, setiausaha persatuan, bedahari, AJK AJK..selesai. Maka masoklah sessi soal jawab. Suara yang bertanya tentang korum tadi kedengaran semula. Oooo..Encik Suhaimi namanya. Encik Suhaimi ni pon bertanya tentang duit persatuan sebanyak RM2800 yang digunakan dengan ditambah dengan soalan provoke duit tu ada masok ke akaun individu ke? Wakil persatuan menjawab..duit tu digunakan semasa gotong royong dijalankan pada tahun 2009 yang lepas. Ok...masok pula soalan lain..mana datangnya duit sebanyak RM1300 yang dikatakan sebagai pendapatan dalam akaun persatuan. Wakil persatuan dah jawab...aku tak berapa clear dgn jawapan dia sebab ceqyan kacau hahaha... Takpelah..tapi yang pasti suasana kat padang tu dah panas. Encik Suhaimi tersebut masih tak berpuas hati. Tetap mahu tahu kemana duit persatuan pegi dan bla bla bla. Seorang wakil persatuan menjawab jika ada individu yang berasa tidak puas hati dengan penyata akaun yang dilampirkan boleh datang ke pejabat persatuan. Dan individu-individu tersebut mestilah menjadi ahli berdaftar dahulu baru layak untuk mempersoalkan akaun persatuan. Oh..Encik Suhaimi tu rupanya dah lama letak jawatan dari menjadi Setiausaha Persatuan Penduduk. Dah jadik riuh rendah kat bawah tu. Encik Suhaimi bekas Setiausaha persatuan masih tak puas hati. Pung pang pung pang...sekali keluarlah ayat dari mulut beliau "Semua benda dia bolot, dari angkat sampah, dari khemah, dari catering semua dapat kat dia anak beranak" (statement itu ditujukan pada pengerusi persatuan yang tahun ni mendapat mandat sekali lagi untuk menjadi pengerusi).Laaaaaaaaaaaa.....aku dgn pakcik dah gelak. Ingatkan memang concerned pasal persatuan penduduk. Rupanya tak puas hati sebab pengerusi majlis asyik bolot tender saja. Lucu betol.

Kalau sebab masalah tender yang diberatkan memang elok sangatlah Encik Suhaimi tersebut resign dari menjadi Setiausaha Persatuan. Banyak lagik perkara yang patut diberatkan untuk penduduk. Masalah kecurian, masalah gangguan seksual, kawasan apartment yang tak berapa dijaga dan paling worst...masalah foreigner yang terlalu ramai menyewa dalam kawasan apartment ni. Dengan indonnya, dengan banglanya, dengan nepalnya, dengan gagak itamnya dah cukup kasik masalah pada penduduk asal dari memikirkan masalah tender dapat kat siapa?

Hemmmm...agaknya pasal tu dah 2 kali mesyuarat agung persatuan penduduk dibuat aku x pernah turun atau berminat nak menjadi ahli. Bosan. Cukup bulan aku bayar bil maintenance. Huahuahua....


1 comment:

Unknown said...

1st time comment, nerves ni! hahahaha!
melayu mmg cenggitu la, dengki x abis2. pak cik tu dengki la tu. mmg patut pun dia letak jawatan, kalau dah pemikiran cenggitu, mmg tak layak la, x jadi apa pun.

kak eija x turun, x de sape la yg nk ngadu pasal masalah lain...