Monday, September 8, 2008

Aku gumbira.

Sebelom cerita gembira nak cerita sedih dulu. Zharif demam dari khamis sampai sabtu. Aku kat umah susah hati bila mak bagitau. Nak amek EL dah tinggal satu hari je aku nak keja. So aku tahan jelah. Cuma pesan dengan mak kalo demam Zharif makin teruk bagitaulah aku. Aku balik terus nanti. Abih je keja hari sabtu tu terus aku balik umah mak. Tengok-tengok Zharif demam lagik. Letak beg terus bawak dia ke klinik. Lega bila Doktor kata paru-paru dia ok. Tapi kesian tengok dia tak selesa. Kejap-kejap batuk, dengan selsemanya. Monyok je muka. 4 botol ubat doktor kasik. Demam, kahak, batuk dengan selsema. Huh...seksalah nak kasik dia makan ubat gamaknya sebab Zharif memang susah nak makan ubat. Baru keluorkan botol ubat tu dia dah muntah dulu. Ubat dah masok dalam mulot melolong-lolong. Sabo jelah. Nasib baik bila ahad pagi tengok dia dah baik demam. Cuma batuk dengan selsema jelah. Dah baik demam tu paham-paham jelah. Mualalah dok bersilat dengan dia. Tak reti dok diam.

Ok abih dah cerita sedih.

Hehehe....aku gumbira ni. Zharif rupa-rupanya dah meniarap. Seronok sangat aku bila mak bagitau. Memula macam tak percaya jugak sebab aku hari-hari call mak tapi tadak plak mak bgtau pasal tu. Nak kasik aku suprise kot. Kata mak pantang letak atas tilam tak sudah-sudah Zharif dok meniarap. Nak letak dia baring kat sofa pon dah bahaya sekarang ni sebab dia asyik nak berpusing-pusing je. Aku antara percaya dengan tak jelah sebab belom tengok lagi time tu.

Malam tu masa nak tidokan dia...OMG...serius Zharif memang dah buleh meniarap. Lama aku tunggu..7 bulan baru badan baby masham aku ni ringan agaknya. Syukur alhamdulillah. Honestly, aku memang susah hati bila Zharif dah masok 7 bulan tak meniarap lagi. Sekali-sekala tergolek jugak dia tapi susah nak tengok. Kalo meniarapkan dia tak sampai 10 saat dah menjerit suruh baringkan dia balik. Sampai tiap kali aku jumpa doktor mesti aku tanya ada tak baby yang tak meniarap.Even doktor cakap n' member-member lain bagitau ada baby yang skip dr meniarap aku still susah ati. Kalo boleh biorlah Zharif follow semua skip sampai dia dah buleh jalan nanti. Tu yang excited bila tengok Zharif meniarap sendiri. Dan yang buat aku tambah excited lagi ni..Zharif dah 2,3 kali bila dia dok angkat badan dia terus duduk. Duduk tanpa sengaja sebenornya sebab lepas tu mesti dia tumbang balik..hahahaha. Tapi mintak-mintaklah lepas ni dia buleh duduk sendiri pulak..huhuhu. Upssss...lupa. Zharif dah 8 kg now. Gambor dia meniarap x sempat nak amek kalo dak buleh tempek kat sini.

Yang best lagik.

Sabtu lepas jugak...setelah bertahun-tahun..ni kali pertama aku dengan semua adik -adik aku bukak posa sama-sama dengan mak abah. Yelah..boleh katakan aku adik beradik masing-masing keja shift. Kalo yang adik ni ada, adik yang ni pulak takde. Hari-hari biasa pon susah nak berkumpul. Jumpa pon time raya je. Tu yang abah excited sampai dia balik dari pasar Ramadhan hari tu naik penoh meja dengan lauk yang dia beli. Belom campor yang mak masak lagik tu. Sampai mak cakap kena beli dining table 10 seater pulak nampaknya sebab 8 seater yang ada ni tak cukop untuk semua duduk satu meja kalo dah berkumpul ramai-ramai ni. Memang riuh-rendah kat hari tu. Tahun depan Zharif dah setahun lebih. Siaplah...harus dia yg sebok dulu...hahahaha.


p/s: Aku adik beradik ada 5 orang..kalo buleh aku nak anak pon ramai mcm tu jugak. Kalo lebih lagik bagos. Baru syok. :P

4 comments:

W..A..H said...
This comment has been removed by the author.
W..A..H said...

Puan Ejja a.k. Claudia..haku dah TAG Ramadan kat hang..singgah ye ke blog haku tu Aiza a.k. Nis

W..A..H said...

Puan Ejja a.k. Claudia..haku dah TAG Ramadan kat hang..singgah ye ke blog haku tu Aiza a.k. Nis

eija said...

dah amek dah.
tq kak aiza.