Thursday, June 11, 2015

Yang kesepuluh..

Hari ni 11.06.2015. Semalam 10.06.2015. ahahahaha..dah kenapa dok nyebut tarikh.  Senaqnya semalam genap 10 tahun perkahwinan aku dengan laki aku. Pung pang pung pang dah sedekad rupanya.
 
Apa  ekkk aku nak cerita pasal laki aku? Hemmmm.. ramai orang dok kata dia pendiam. Siap ada yang tanya aku selalu cakap sorang-sorang ka kat rumah? Hahahahaha… kata diaorg laki aku ni payah benar nak dengaq sora. Kalo tanya aku takdelah pendiam pon. Bercakap bersembang macam biasa. Tapi antara aku dengan dia memang aku lah yang banyak cakap. Dia lagi banyak dok dengaq aku bercakap. hahahhaa...  Alahhhh aku tau dia bukan dia dengar sungguh pon. Seperti di angin lalu saja suara aku tu kat telinga dia. Tapi aku dengan dia boleh bersembang macam macam benda. Politik, sejarah, game, computer, buku, bab anak anak. So dia bukan orang yang membosankan pada aku kecuali bila dia dok konsentret main game kat pc.
 
Lain.. Alhamdulillah. Walaupon laki aku tak kaya tapi aku tetap bersyukur. Ditolak dengan wang saguhati yang dia kasi kat aku tiap bulan muahahaha…  dia tak kisah bila aku kata aku malas, penat nak masak, dia boleh ja masak disebabkan aku malas dan penat tu hahahhaa.. dia boleh mandikan, cebokkan anak-anak. Dia boleh gosok baju keja dia sendiri. Dia boleh bawak berbeg-beg baju baju yang nak dibasuh ke laundry.  Dia tak bising marah bila tengok baju tak berlipat, rumah bersepah. Dia boleh bangun dari tidoq kalo dengaq anak-anak batuk, menangis. Dia boleh take over keja keja rumah jaga anak bila aku tak sihat. Eh… macam semua laki aku buat kan? Habih aku buat apa? Aku dah bawak perut 9 bulan 3 kali ke sana sini, beranak semua, menyusu anak tak cukup cukup? Hahahaha.. takdaklah begitu.. Aku masak, aku buat keja kat umah jugak. Macam malam tadi dinner aku yang masak tau.. walopon sambal sardin dgn sawi goreng je.
 
Keburukan dia? Hemmmmm.. satu ja aku yang aku rasa sampai bila. Tiap-tiap tahun dia dok ulang baju melayu dia dari zaman kami menikah dulu. Bang.. bawak-bawaklah tukaq baju melayu yang umoq dah 10 tahun tu. Tak hijau, biru tak biru hijau. Belilah baju melayu baru tahun ni. Yang lain tu biaqlah aku isteri dia saja yang tau. Perkahwinan kami tetap macam orang lain ada pasang surut dia. Kadang aku sakit hati kat dia kadang dia sakit hati kat aku. Kadang aku rasa nak tess ja dahi dia, kadang dia rasa nak ja jotos dahi aku. Cam gitulah..
 
hahahaha
Yang penting aku sentiasa bersyukur dapat dia sebagai suami aku. Dialah tempat aku membebel dan meluah segala perasaan. Sentiasa aku doakan perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke jannah.  Terima kasih bang kerana menerima diriku seadanya. Chewahhhhhhhhhhh...
 
Ok.. kalo rajin pi lah visit blog dia sempena enibeseri gift dari aku untuk dia ahahahaha..

1 comment:

Adam said...

Ni apa dok gelak hahha hahhahh hahhah banyak sangat nih ? Hisap ganja ka ?

Nanti dapat gaji belanja ni.

http://keyboard0gamer.blogspot.com/2015/06/total-war-attila-last-roman-campaign.html

27 ringgit saja !