Monday, August 25, 2008

"Terlajak perahu buleh diundur.. Terlajak kata buruk padahnya".

Pepatah ni amatlah sesuai untuk aku kali ni. Actually aku tak terlajak kata tapi terlajak sikap. Aku terasa yang aku agak keterlaluan kali ni. Dan sememangnya aku menyesal dengan kelakuan aku tu. Seperti mak abah aku tak mengajar aku bertatatusila bila berdepan dengan orang lain.

Kelakuan aku memang tak sepatutnya. Kenapa aku memburukkan keadaan yg nampak gayanya dah agak tenang? Terasa yang betapa aku ni terlalu bongkak dan sombong. Dengan perasaan bersalah lagik. Ya Allah .... sememangnya aku teramat menyesal. Aku malu dengan diri aku sendiri.

Tapi aku yakin masih belom terlewat lagi untuk aku berubah sikap. Dan kerana itu aku janji dengan diri aku sendiri... aku takkan bersikap macam tu lagi lepas ni. Insyaallah.



4 comments:

zamarissa said...

weeeiiii...
aku ade sumtim utkmu...
g ler amik kat blog aku tu yer...

eija said...

gapo dia tu? sat aku gi jengok.

zamarissa said...

weii...amik jelah...pastu ko ckpkn syarat ko tu...ekeekekek...wat ape yg dia soh...

xckp pun xpe...janji amik ler award ni...

penat tau aku bg...ekekekekekek

Faizah Binti Harun said...

Hang buat apa ni???? hehehe apa2 pun, Selamat Berpuasa naaa :)