Friday, July 15, 2011

4 minggu dah

Lama dah tak updet blog... takde idea.. nantilah bila idea nak bercerita nak merapu datang baru updet.

Mashehhhh...

Sunday, June 12, 2011

Pahit...

10/6/2011..Jumaat lepas aku ke HUKM. Ada appointment dgn pakar Child Development Centre (CDC) HUKM. Resultnya..lepas nurse itvw aku..bagi task kat ceqyan, MO itvw aku dgn MNY last pakar CDC (aku lupa nama pakar tu) itvw aku dgn husband..pakar tu sah kan yg ceqyan is a hyperactive child.

Sebab ceqyan baru 3 tahun, pakar tu cakap takde ubat yg diaorg boleh kasik lagik. Cuma ceqyan kena continue masok terapi carakerja dgn terapi berkata. Dan paling baik ceqyan dihantar ke nursery, mix kan dia with other child. Yang paling susah aku nak buat sekarang antor ceqyan ke nursery. Aku asik hold saja..kali ni aku kena tekad betul2. Bukan utk orang lain tp utk kebaikan anak aku. Takot lagi lambat bila dia dah masok sekolah lagi masalah, kesian dia nanti.

Aku nampak tenang masa pakar tu cakap..tp dalam hati luruh sebenornya. Sebelum ni aku cuba menidakkan.. aku kata ceqyan normal cuma lambat bercakap saja. Pahit rasa nak menerima. Sedih..segala perasaan ada. Tambah bila mengenangkan saat aku hilang sabar dgn kelaku ceqyan. Ya Allah..sebak rasanya.

Aku kena kuatkan semangat. Banyak yang perlu aku buat nanti. Paling penting diri aku sendiri. Kena banyakkan sabar bila dgn ceqyan. Kena control perasaan marah aku bila dgn dia. Ceqyan tak salah. Ni semua ujian Allah pada aku dan MNY. Ya Allah..Kuatkanlah aku dan MNY. Setiap ibu bapa semestinya mendoakan yang terbaik utk anak2. Insyaallah ceqyan akan pulih macam kanak-kanak normal yg lain.

p/s: 10/6 tu ulangtahun perkahwinan aku dan MNY yg ke-6 huhuhuhu

Saturday, March 5, 2011

Bersyukur

Sementara menunggu ciskek aku masak dapatlah aku curi masa nak mengupdet blog.

Semalam aku AL. Memula amek AL ni sebab nak ke KK. Holiday!. Tiket beli masa zero fare last year. Tapi kena kensel. Sebab? Iris kecik sangat lagiklah plak nak bawak dia holiday jauh2. Nak ke KK tu mau 2 jam dok dlm flight. Lepas tu mcm agak payahlah plak. Nak tinggal kat mak pon mcm x best. Hari2 dia tido bawah ketiak ibu dia ni skali takde bau ibu dia takot dia x bleh tido. Udahnya kensel saja senang. Ada rezeki pegi lain yer dak..Lagipun aku dilanda ceri beri. Penat dowhhhh...

Sebab dah kensel ke KK..MNY pon dah amek cuti jugak sampai 7hb ni..aku dgn dia ke HUKM bukak bile utk ceqyan. Rasanya aku ada cerita dulu kot dlm entry lama yg ceqyan ada mslh speech delay. Jadiknya nak set appt utk speech therapy pulak. Alhamdulillah..selalu aku dengor lama nak tunggu turn nama masok dlm speech therapy ni. Tengok2 bila nak set appt tadi, staff kat situ dah set 7hb ni. Rezeki ceqyan nampaknya.

Masa aku kat CDC..ada satu family masok. Sorang pakcik, perempuan dlm 30 something dgn 2 org anak perempuan. Yg pakcik tu ayah pada akak tu. Pakcik tu tanya kat aku sapa yg bermasalah, sbb ada ceqyan dgn iris kan..aku jawablah ceqyan. Maka bersembang2lah kami. Rupanya anak akak no 2 (budak tu duduk dlm stroller time tu) pon sama x buleh cakap jugak. Muda skit je dr ceqyan sbb dia lahir bulan 5 tp tahun sama. Anak dia dah buat E&T, speech therapy semua. Tp bila itvw session barulah tau yg sebenarnya anak akak tu autisma. Ini pertama kali aku jumpa kanak2 autisma. Selama ni aku just baca saja ini depan mata aku sendiri. Budak tu duduk senyap je dlm stroller dia. Macam tak peduli orang. Tp tetiba je dia menjerit ketawa. Lepas tu dia diam balik. 2,3 kali dia macam tu. Akak tu tanya aku samada ceqyan paham instruction..aku jawab mmg dia paham apa yg kita mintak kita suruh. Cuma bila ajar dia cakap dia x mau je. Anak dia mmg x paham lansung katanya. Bila aku sembang2 dgn pakcik tu dia kata tekejot jugak mula2 bila tau. Rasa x percaya pon ada, tp kalo x percaya, x blh terima lagik susah. Takde sembang lama..sbb daorg rushing. Dr pagi katanya dah kat situ. Time aku kat sana dah pkl 3 pon. Kesian aku tengok. Bila diaorg dah pergi tetiba aku rasa sebak. Kalo aku rasa susah ceqyan lambat bercakap ada orang diberi ujian lagik berat dari aku senornya. Kurang2 ceqyan x nampak gejala austima tu ada kat dia. Aku patot bersyukur. Isk…sebak balik dah.

Apa yg aku doakan skang..satu hari nanti ceqyan boleh bercakap. Teringin sangat aku nak dengor dia panggey aku IBU.

Tak bleh type dah. Babai.

Thursday, February 3, 2011

Huh…lama gila aku tak meng’update’ blog ni. Sejak ada si kecik ni nak cari masa untuk makan pon payah ni kan pulak nak update blog. Kat opis aku bz prepare document utk financial audit. Mana kan ada masa. Ni time time PH ni dedua kanak2 tu dah lelap. Cuba curi masa update blog sambil mendobi.

Semalam aku cuti. Bawak ceqyan pegi HUKM. Dia dah 3 tahun tp perkataan yg dia sebut very limited. Senang kata dia mengalami ‘speech delay’. . Ceqyan bukan autisme sbb aku penah bawak jumpa PAED. PAED kata ceqyan normal. Tapi maybe dia ada masalah pendengaran. Dia refer aku ke E&T specialist. Kalau ikotkan aku tak rasa dia ada masalah pendengaran sbb ceqyan paham every instruction. Dia paham apa yg kita cakap. Tp honestly aku x mampu nak bawak jumpa pakar kat private hosp. Doktor yg slalu aku jumpa plak refer aku pegi HUKM. Ada ‘terapi berkata’. Aku asik bertangguh saja nak bawak dia. Tp ni dah 3 tahun still x bleh berkata2 lagik mmg aku kena bawak jugak. So semalam aku bawak pegi. Doktor akan review file aku next Thursday. Sbb hari ni PH so minggu depan sajalah. Intake utk kes baru plak bulan 5. Makaiiii…lamanya lagik. Tp nurse tu dah pesan bawaklah pegi mana2 dulu sementara tunggu diaorg call utk interview. Huhuhu..

Actually aku memang dah bawah ceqyan ke Darus’syifa. Kena pulak sorang kawan lama mak..Makcik Bedah salah sorang ustazah yg mengubat kat sana. Tapi masa mengubat jumpa ustaz lain. Makcik Bedah tgh meeting. Ustaz yang jumpa ceqyan malam tu mintak continue bawak jumpa ke Ust. Harun Din..erkkkk..Senornya kemungkinan besor jugak ceqyan mengalami gangguan lain. Lepas meeting tu makcik bedah ada jumpa mak. Masa dia sembang2 dgn mak dia ada usik blakang tengkok ceqyan. Katanya ceqyan ada ‘biji sawan’. Budak2 yg ada menda tu memang senang makhluk halus nak dekat. Dia pun suruh jugak continue bawak jumpa Ust. Harun Din. Macam kritikal je rasa. Sementara tu Makcik Bedah suruh bagi makan madu kat ceqyan. Ada doa dia sebelom suap tu “Wakallamallah humusaa taklima”. Kalam Allah banyak kegunaannya bak kata Makcik Bedah. Dan yang paling penting doa ibu bapa pada anak2 tu. Huhuhu..touching plak rasanya.

Kalo tanya aku malu ke tak sbb anak aku lambat bercakap. Aku x malu sbb aku tahu ujian ALLAH S.W.T tu datang dlm banyak2 jenis dan kejadian. Allah dah berikan kesihatan yg baik dan kesempurnaan pada anak2 aku. Cuma atas ketentuan ‘DIA’ jugak ceqyan lambat bercakap. Aku redha. Tp dlm redha aku..aku kena berusaha utk memperbaiki keadaan. Memang lepas ni akan amek masa bila aku kena bawak ceqyan continue berubat kat Darus’syifa dan HUKM nanti. Takpe. Yang penting anak aku buleh bercakap dgn baik lepas ni. Alhamdulillah..bos bos aku memang sangat memahami bila aku bagitau masalah aku ni. Syukur. MNY pon nampaknya buleh follow aku. Takdelah nak buat berat hati.

Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan aku nanti Insyaallah.