Wednesday, June 24, 2015
POTATO FRITTERS
Thursday, June 18, 2015
RESEPI GULAI KEPALA IKAN SALMON
Thursday, June 11, 2015
Yang kesepuluh..
Tuesday, June 9, 2015
LAKSA JOHOR
Surprised gak aku bila tau. Tapi apa nak heran.. aku pernah gak macam dia dari pemakan gaji di satu GLC (actually GLC yang sama) aku tekad jugak untuk resign sebab nak jual nasi lemak hehehe.. tapi bukan rezeki aku time tu huhuhu.. Nantilah pasal aku tu kemudianlah cerita naaa... Ni entry khas untuk kawan aku tu. Dan nampaknya Alhamdulillah.. dari cara dia skang aku yakin dia akan berjaya. Jiwa dia besaq walopon badan dia kecik ja.
So tak lama lagi dah nak puasa kan, kalo ada yang berminat nak buat kenduri nyambut puasa ka, majlis bukak puasa ka atau sambutan raya nanti bolehlah contact kawan aku ni Nora di no 0123332359. Ni FB page dia Laksa Johor Heritage IG dia @laksajohorheritage. Ampa nak panggil dia Meknot pon bulih gak.. lagi mesra gituk hahahaha.... ampun Not ampunnn hahahaha... Ampa order dia sendiri yang akan antaq dengan harga plus delivery cost yang berpatutan.

Wednesday, June 3, 2015
WHAT IS THE BECAUSE???
Monday, June 1, 2015
MAS dihatiku
Ok enough bab tu. Bab gaji. Gaji staff bawahan macam CS tu rendah saja abang, kakak. Harapkan shift elaun elaun dobi (uniform) senornya idoklah banyak pon. Nak banyak dapat kenalah pulun OT. OT bukan sejam dua Macam aku dulu masok shift pukul 6am habis shift pukul 2pm kurang-kurang terus sambung OT sampai tengah malam tu. Kalau kena kapal delay ko plak menjaga gate haaaaa.. 3,4 pagi lah sampai rumah. Sanggop gitu? Mesti ada yang tanya sapa suruh? Habis nak harapkan basic dengan elaun tak seberapa tu memang sedihlah tgk payslip. Duit rumah, duit kereta nak kena bayar. Tu belum masok bab makan. Knowing KLIA makan kat Food Garden tu bukan murah-murah. Nak murah kena cari makan luar epot ler. Kena yang roaster non-stop jaga ctr jaga gate takde masa nak keluar keluar cari makan kat luar. Makan kat mana yang sempat saja. Itu aku yang bujang dulu tu tapi yang dah berkahwin macam mana pulak?
So.. dipendekkan cerita MAS yang nampak GAH ni hanya luaran saja. Dalaman hanya mereka yang pernah 'been threre done that' saja yang tau dan memahami. Mana yang tak tahan contohnya aku tak tunggu lama-lama. Mana yang setia umpama logo WAU tu dah tertanam dalam dada mereka akan tunggu saja hinggalah saat ini. Ada yang dah terima surat dan ada juga yang belum. Mana yang disambung alhamdulillah walaupon T&C dengarnya sangatlah hauk. Tak tau apa yang hauknya sebab aku sendiri tak baca T&C yang mereka terima. And one of my BFF juga antara mereka yang masih menunggu surat. Aku doakan yang terbaik untuk dia dan sahabat-sahabat aku yang lain.
Pada yng muda tahan lagi boleh cari keja lain tapi yang dah over 50 tu memang sedih. Hutang rumah kereta yang anak sekolah belajar aduhaiiiii mmg sedih. Haraonya mana yang tak diserap ke MAB harap dapat gunakan wang VSS itu dengan sebaiknya. Insyaallah ada rezeki yang lain. Jangan putus asa. Mudahlah aku yang menaip ni kan... yelahhh takkan aku nak suruh diaorg meratap hiba pulak.
Harapnya bila MAS bertukar menjadi MAB dan dapat pulak CEO yang baru MAS eh MAB akan berubah menjadi kembali hebat dan gemilang. Yang penting kebajikan staff jangan dilupa Mueller. Amboihhhh sesuka aku dok Mueller Mueller hehehehe..
Oklahhhh sekian dari aku. Good nite.
Friday, July 15, 2011
4 minggu dah
Mashehhhh...
Sunday, June 12, 2011
Pahit...
10/6/2011..Jumaat lepas aku ke HUKM. Ada appointment dgn pakar Child Development Centre (CDC) HUKM. Resultnya..lepas nurse itvw aku..bagi task kat ceqyan, MO itvw aku dgn MNY last pakar CDC (aku lupa nama pakar tu) itvw aku dgn husband..pakar tu sah kan yg ceqyan is a hyperactive child.
Sebab ceqyan baru 3 tahun, pakar tu cakap takde ubat yg diaorg boleh kasik lagik. Cuma ceqyan kena continue masok terapi carakerja dgn terapi berkata. Dan paling baik ceqyan dihantar ke nursery, mix kan dia with other child. Yang paling susah aku nak buat sekarang antor ceqyan ke nursery. Aku asik hold saja..kali ni aku kena tekad betul2. Bukan utk orang lain tp utk kebaikan anak aku. Takot lagi lambat bila dia dah masok sekolah lagi masalah, kesian dia nanti.
Aku nampak tenang masa pakar tu cakap..tp dalam hati luruh sebenornya. Sebelum ni aku cuba menidakkan.. aku kata ceqyan normal cuma lambat bercakap saja. Pahit rasa nak menerima. Sedih..segala perasaan ada. Tambah bila mengenangkan saat aku hilang sabar dgn kelaku ceqyan. Ya Allah..sebak rasanya.
Aku kena kuatkan semangat. Banyak yang perlu aku buat nanti. Paling penting diri aku sendiri. Kena banyakkan sabar bila dgn ceqyan. Kena control perasaan marah aku bila dgn dia. Ceqyan tak salah. Ni semua ujian Allah pada aku dan MNY. Ya Allah..Kuatkanlah aku dan MNY. Setiap ibu bapa semestinya mendoakan yang terbaik utk anak2. Insyaallah ceqyan akan pulih macam kanak-kanak normal yg lain.
p/s: 10/6 tu ulangtahun perkahwinan aku dan MNY yg ke-6 huhuhuhu
Saturday, March 5, 2011
Bersyukur
Sementara menunggu ciskek aku masak dapatlah aku curi masa nak mengupdet blog.
Semalam aku AL. Memula amek AL ni sebab nak ke KK. Holiday!. Tiket beli masa zero fare last year. Tapi kena kensel. Sebab? Iris kecik sangat lagiklah plak nak bawak dia holiday jauh2. Nak ke KK tu mau 2 jam dok dlm flight. Lepas tu mcm agak payahlah plak. Nak tinggal kat mak pon mcm x best. Hari2 dia tido bawah ketiak ibu dia ni skali takde bau ibu dia takot dia x bleh tido. Udahnya kensel saja senang. Ada rezeki pegi lain yer dak..Lagipun aku dilanda ceri beri. Penat dowhhhh...
Sebab dah kensel ke KK..MNY pon dah amek cuti jugak sampai 7hb ni..aku dgn dia ke HUKM bukak bile utk ceqyan. Rasanya aku ada cerita dulu kot dlm entry lama yg ceqyan ada mslh speech delay. Jadiknya nak set appt utk speech therapy pulak. Alhamdulillah..selalu aku dengor lama nak tunggu turn nama masok dlm speech therapy ni. Tengok2 bila nak set appt tadi, staff kat situ dah set 7hb ni. Rezeki ceqyan nampaknya.
Masa aku kat CDC..ada satu family masok. Sorang pakcik, perempuan dlm 30 something dgn 2 org anak perempuan. Yg pakcik tu ayah pada akak tu. Pakcik tu tanya kat aku sapa yg bermasalah, sbb ada ceqyan dgn iris kan..aku jawablah ceqyan. Maka bersembang2lah kami. Rupanya anak akak no 2 (budak tu duduk dlm stroller time tu) pon sama x buleh cakap jugak. Muda skit je dr ceqyan sbb dia lahir bulan 5 tp tahun sama. Anak dia dah buat E&T, speech therapy semua. Tp bila itvw session barulah tau yg sebenarnya anak akak tu autisma. Ini pertama kali aku jumpa kanak2 autisma. Selama ni aku just baca saja ini depan mata aku sendiri. Budak tu duduk senyap je dlm stroller dia. Macam tak peduli orang. Tp tetiba je dia menjerit ketawa. Lepas tu dia diam balik. 2,3 kali dia macam tu. Akak tu tanya aku samada ceqyan paham instruction..aku jawab mmg dia paham apa yg kita mintak kita suruh. Cuma bila ajar dia cakap dia x mau je. Anak dia mmg x paham lansung katanya. Bila aku sembang2 dgn pakcik tu dia kata tekejot jugak mula2 bila tau. Rasa x percaya pon ada, tp kalo x percaya, x blh terima lagik susah. Takde sembang lama..sbb daorg rushing. Dr pagi katanya dah kat situ. Time aku kat sana dah pkl 3 pon. Kesian aku tengok. Bila diaorg dah pergi tetiba aku rasa sebak. Kalo aku rasa susah ceqyan lambat bercakap ada orang diberi ujian lagik berat dari aku senornya. Kurang2 ceqyan x nampak gejala austima tu ada kat dia. Aku patot bersyukur. Isk…sebak balik dah.
Apa yg aku doakan skang..satu hari nanti ceqyan boleh bercakap. Teringin sangat aku nak dengor dia panggey aku IBU.
Tak bleh type dah. Babai.
Thursday, February 3, 2011
Semalam aku cuti. Bawak ceqyan pegi HUKM. Dia dah 3 tahun tp perkataan yg dia sebut very limited. Senang kata dia mengalami ‘speech delay’. . Ceqyan bukan autisme sbb aku penah bawak jumpa PAED. PAED kata ceqyan normal. Tapi maybe dia ada masalah pendengaran. Dia refer aku ke E&T specialist. Kalau ikotkan aku tak rasa dia ada masalah pendengaran sbb ceqyan paham every instruction. Dia paham apa yg kita cakap. Tp honestly aku x mampu nak bawak jumpa pakar kat private hosp. Doktor yg slalu aku jumpa plak refer aku pegi HUKM. Ada ‘terapi berkata’. Aku asik bertangguh saja nak bawak dia. Tp ni dah 3 tahun still x bleh berkata2 lagik mmg aku kena bawak jugak. So semalam aku bawak pegi. Doktor akan review file aku next Thursday. Sbb hari ni PH so minggu depan sajalah. Intake utk kes baru plak bulan 5. Makaiiii…lamanya lagik. Tp nurse tu dah pesan bawaklah pegi mana2 dulu sementara tunggu diaorg call utk interview. Huhuhu..
Actually aku memang dah bawah ceqyan ke Darus’syifa. Kena pulak sorang kawan lama mak..Makcik Bedah salah sorang ustazah yg mengubat kat sana. Tapi masa mengubat jumpa ustaz lain. Makcik Bedah tgh meeting. Ustaz yang jumpa ceqyan malam tu mintak continue bawak jumpa ke Ust. Harun Din..erkkkk..Senornya kemungkinan besor jugak ceqyan mengalami gangguan lain. Lepas meeting tu makcik bedah ada jumpa mak. Masa dia sembang2 dgn mak dia ada usik blakang tengkok ceqyan. Katanya ceqyan ada ‘biji sawan’. Budak2 yg ada menda tu memang senang makhluk halus nak dekat. Dia pun suruh jugak continue bawak jumpa Ust. Harun Din. Macam kritikal je rasa. Sementara tu Makcik Bedah suruh bagi makan madu kat ceqyan. Ada doa dia sebelom suap tu “Wakallamallah humusaa taklima”. Kalam Allah banyak kegunaannya bak kata Makcik Bedah. Dan yang paling penting doa ibu bapa pada anak2 tu. Huhuhu..touching plak rasanya.
Kalo tanya aku malu ke tak sbb anak aku lambat bercakap. Aku x malu sbb aku tahu ujian ALLAH S.W.T tu datang dlm banyak2 jenis dan kejadian. Allah dah berikan kesihatan yg baik dan kesempurnaan pada anak2 aku. Cuma atas ketentuan ‘DIA’ jugak ceqyan lambat bercakap. Aku redha. Tp dlm redha aku..aku kena berusaha utk memperbaiki keadaan. Memang lepas ni akan amek masa bila aku kena bawak ceqyan continue berubat kat Darus’syifa dan HUKM nanti. Takpe. Yang penting anak aku buleh bercakap dgn baik lepas ni. Alhamdulillah..bos bos aku memang sangat memahami bila aku bagitau masalah aku ni. Syukur. MNY pon nampaknya buleh follow aku. Takdelah nak buat berat hati.
Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan aku nanti Insyaallah.
Friday, December 3, 2010
Hip hip hoorayyyyyyyyyy
Next week nak balik umah. Nak cari sapo sapo yg sudi nak bebisit apple. Uhuk..memacam perasaan ada skang ni. Camnolah aku nak menyerahkan apple kat orang jaga nanti. Ceqyan dulu maktok dia yg jaga so perasaan tu ok sajork. Takdelah rasa susah ati ke apa. Tapi apple takkan nak kasik mak jaga jugak kan? Cukoplah ceqyan kasik maktok dia pening pala. Kesian maktok dia.
Tapi mmg aku nak bawak apple dok dgn aku. Nak antor nursery mak tak kasik plak. Soh cari org jaga. Emmm..dah ada sorang tapi jauhlah plak kat kelana jaya tu. Ni tengah tunggu sorang makcik ni. Kalo dia kata ok alhamdulillah. Kalo tak..ontahlah. Kena diskusi dgn MNY betul2 ni.
So sbb aku dah nak keja x lama lagik aku dah kena stret skit dgn apple. Siang2 kena ajar dia minum susu guna botol. Malam2 baru bleh kepit2 dgn ibu. Nak kasik dia biasa kalo x nanti jenuh.
Huhuhu..feeling2 sedih ni dah ada. Kalolah aku bleh jaga anak2 sendrik. Tengok diaorg membesor depan mata. Emmmmm.. apakan daya. Ibu dgn abah x mampu lagik. Nanti yer..kot murah rezeki abah nek pangkat nek gaji lagik ibu bersara keja dok umah jaga korang yer anak2.
Wednesday, December 1, 2010
5 kilo tuuuuu
Bila tgk dia kuat susu maka aku pon takdelah nak diet or kontrol makan bagai. Nasi wajib makan. Kalo aku kurang makan nanti aku yg letih balik. Apple akan jadik x kenyang2 menyusu. Jadinya makan jelah. Nak diet lepas aku dah x menyusu dia baru aku diet hehe.. (lambat lagik nak dpt badan cam beyonce ni).
Aku nak menyusu apple lama. Tak mo macam abang dia dulu kejap jer. Menyusu badan pon salah satu cara untuk si ibu hilang berat badan dengan sendrinya. Tapi kalo asik asik lapor camana tu? Takpelah berkorban.
Lagipun..
'Susu ibu lebih baik dari susu lembu'(ala ala macam budak dlm iklan tu). Sebagai ibu opkos aku nak berikan yang terbaik utk anak2 aku. Plus jimat weh kasik susu badan hahaha.. free dan berzat.
p/s: mekaseh pn shazrini sbb kasik ai breastpump tu :D
Sunday, November 28, 2010
Berangan
Hemmm...aku kadang busan2 tu aku berdiri depan cermin, aku berangan tengah jamming lagu ni. Penuh perasaan gitu aku nyanyi. Ala ala diiringi live band kununnya.
Tapi dah lama aku tak buat keja cam gitu. Mungkin sebab faktor dah jadik mak budak ni kot. Jadi kenalah aku renti2kan angan2 yg tak pekdah ala ala perasan tu.
Sekian tima kaseh.
p/s:best woooo lagu ni.
Saturday, November 27, 2010
Uniform bunga bunga
Nak tengok? nak ke tak nak ke aku letak jugak huhuhu...
Ni aku dgn Shida Baba. Partner in crime. Aku rajin change duty dgn dia dulu sebab dia jenis x bleh bangun pagi. Aku lak suka shift pagi sbb bleh OT. Tapi sebab OT sampai midnite ler aku antara staff yang slalu lambat kalo masok shift pagi hahaha.. Sampai officer aku penah denda aku jaga kaunter seharian sbb lambat. Bukan kaunter chk-in tu. Kaunter tempat staff chk roaster. Sedih aku sbb x bleh nak tido. Sib bek takde mesin punch card kalo tak mau merah jelah kad aku. Selain datang lambat aku jugak pemegang ranking staff yang kuat MC hahaha... Sorang officer aku panggey aku sick child. Nak buat camana kan..masok keja 5,6 pagi pehtu OT sampai 12, 1 pagi. Balik umah dah pukul brapa (aku drive dulu dr KLIA ke puchong, hari2 hokay) bila dah lelap, jam bunyi pon x sedar. Kalo sedor pon aku dok tekan button OFF. Slalu jadik mangsa kejut aku bangun tido ialah MNY. Penah sampai 100 kali dia miss call semata nak kejut aku. Lepas tu merajok tak mo wake-up call aku dah. Tapi sebab dia sayang aku dia wake-up call jugak hehehe...(sampai skang dia igt taww kes 100 missed call ni). Dan officer aku walopon aku berada dlm ranking teratas lambat dan mc tp bila aku mintak OT diaorg kasik jugak. Diaorg sayang jugakler tu.
Tapi aku x lama dgn MAS. Rasanya adalah kot dlm 2 tahun. Aku busan. Bukan aku x sayang MAS ni aku sayang. Plus tiket free utk staff tiap tahun kan. Blom lagik masok staff rate bila purchase tiket. Tapi culture MAS ni lain skit. Mana yang bleh bertahan mmg aku salute. Aku ni jenis bukan nak campor semua orang. Bukan jenis yg angguk2 geleng2. Bukan jenis jadik balaci senior pg beli makanan utk diaorg. Mungkin sebab tu aku bukan jadik peberet senior2 aku. Tapi ada mak kisah nyah? Hahaha...maka bila itvw aku dengan Kumpulan Rimau berjaya terus aku chaloooooo..
Apa pon banyak kenangan aku masa keja kat sana. Pengalaman kena buli dgn senior team aku masa memula masok keja. Huh...benci aku. Suka suka hati mak bapak dia nak buli aku. Banyak jugak aku blajar masa keja kat situ. Blajar code2 airlines, tempat, epot2 kat seluruh duania ni..blajar sebut alpha, sera tenggo hehehe..blajar pasal IATA dan blajar jadik manusia yg keras dan penyabor. Kena sabor wehhh..kena maki dgn pax terpaksa buat muka kering je.. Yang paling penting blajar bersolek hokay hahaha..kena cantik bila dah jadik CS ni kalo tak kena komplen dgn rep sbb muka x sudah sbb x mekap.
Dan tetiba aku rindu plak MAS.
p/s: Aku ada simpan lagik sepasang uniform bunga2 ni. Aku dpt lebih uniform dr sepatotnya. So aku return yang mana patot jelah. Nak soh mak pakai balik uniform tu? Huh..mau tetas benang dibuatnya.
Thursday, November 25, 2010
Jalan Jalan @JJ
Ok...sampai JJ acara pertama ialah makan. Aku blom lunch daaaaa... nak makan apa yer? Nasi? emmm..asik asik nasi. Tanya MNY dia nak makan apa? Lamb chop katanya. Ok....masok foodcourt jelah senang. Banyak pilihan kan.
Sementara nak tunggu food siap dekat sebotol susu dia abihkan. Mau x kenyang.
Malam tu amek ubat apple dok buat peel x mo tido. Kejap-kejap nanges. Tapi senornya dia sakit perot. Tapi aku..wajib jugaklah kena marah dengan mak. Padan muka aku.









